quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Agüero cergas lawan Lyon

SERGIO: Good to see this guy in training today!

SERGIO: Good to see this guy in training today!

Sergio Agüero dilaporkan turun berlatih di CFA dalam persiapan Manchester City berhadapan Lyon, perlawanan pembuka Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah.

Aguero yang dikeluarkan semasa kemenangan 3-0 ke atas Fulham hari Sabtu lalu mengalami kesakitan buku lalu namun kelihatan cergas dan bersedia untuk beraksi malam nanti.

Namun, Benjamin Mendy, yang terlepas bermain dalam perlawanan melawan Fulham berikutan masalah lutut, tidak turun berlatih dan kekal diragui untuk menentang pasukan Ligue 1 Perancis tersebut.

* Perlawanan pembuka Liga Juara-Juara Eropah, Kumpulan F akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Rabu, 19 September jam 8 malam UK bersamaan pukul  3 pagi Khamis , 20 September waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan disiarkan di saluran Astro 811/833 HD.

Berita Pasukan Utama

Arteta: Kami ada skuad berupaya menjuarai UCL

Previu Perlawanan

Menghadapi tamu Perancis di pembuka UCL 2018/19

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kecederaan Aguero akan diperiksa