quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Saya kagum dengan Fulham

PRESS CONFERENCE: Pep Guardiola addresses the media ahead of the game

PRESS CONFERENCE: Pep Guardiola addresses the media ahead of the game

Pep Guardiola mengesahkan yang Raheem Sterling dalam pemilihan untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Fulham hari Sabtu di Stadium Etihad.

Pemain sayap England terpaksa direhatkan semasa tugasan antarabangsa berikutan masalah belakang, terlepas perlawanan dengan Sepanyol dan Switzerland.

Ketika ditanya tentang situasi Sterling semasa sidang media hari Jumaat, Guardiola menjawab: “Ya, dia cergas.”

Bos City turut menjelaskan potensi kontrak baru Sterling dengan melahirkan kepuasan prestasi pemain sayap tersebut.

Image result for pep and sterling 2018

“Ia diketahui ramai yang kami gembira dengannya, kami ingin terus beliau bersama kami.

“Pihak kelab telah bertanyakan pandangan saya dan saya kongsikan pendapat saya.

“Kadang-kadang, perkara sebegini perlukan masa. Apa yang penting ialah Raheem dan keluarganya.

“Kami gembira dengannya.”

Guardiola turut berkongsi perkembangan kecergasan Kevin De Bruyne. Pemain tengah Belgium itu terpaksa direhatkan sehingga tiga bulan berikutan kecederaan ligamen lutut namun menegaskan proses pemulihan pemain tonggak City tersebut berjalan lancar.

“Dia tidak cergas untuk perlawanan hari Sabtu ini namun proses pemulihannya berjalan dengan baik.

Related image

“Pihak doktor telah memaklumkan saya pemulihannya berjalan lancar.

“Diharap dengan perspektif rehat tiga bulan, dia boleh dikatakan bagus.”

Mengulas permulaan City dan kecergasan skuadnya, Guardiola mengumumkan rasa puas.

“Kami telah bermula sebulan lalu tapi kini kami ada perlawanan setiap tiga hari sekali. Oleh sebab itu setiap pemain akan bermain.”

Lawan City hari Sabtu ini, Fulham, mencatat prestasi bercampur baur dari permulaan musim selepas kembali semula ke Liga Perdana Inggeris dengan meraih satu kemenangan, satu seri dan dua kekalahan.

Selepas meluangkan masa agak lama mengkaji permainan Fulham semasa rehat antarabangsa, Guardiola melahirkan rasa kagum.

“Saya gembira dengan mereka, kebiasannya tidak banyak masa untuk saya menonton perlawanan pasukan-pasukan lawan tapi kali ini, kami ada masa dua minggu semasa rehat.

“Saya ada masa dan saya tonton tiga perlawanan mereka. Saya amat kagum.

“Saya faham bila saya saksikan mereka dan mengapa mereka dalam Liga Perdana Inggeris. Mereka mempunya para pemain amat bagus, berpengalaman dan mereka cuba dan saya suka cara mereka ingin bermain.

“Mereka mahu cipta permainan mereka sendiri, dan saya pasti Slavisa Jakanovic (pengurus Fulham) akan menjadikan musim ini musim yang bagus.”

* Perlawanan menentang Fulham akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Sabtu, 15 September jam 3 petang UK bersamaan pukul 10 malam waktu Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Tiga bintang City disenarai pendek FIFA World11

Berita Pasukan Utama

Aguero terharu dipuji Shearer

TREBLE: Three is the magic number!

Sergio Aguero mengakui yang beliau rasa terharu dengan pandangan Alan Shearer yang penyerang City tersebut sebagai pemain import terbaik Liga Perdana Inggeris.

Berita Pasukan Utama

Aguero Pemain Terbaik Etihad Ogos