quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep puji ‘bakat istimewa’ Mahrez

CARDIFF CHALLENGE: Pep Guardiola

CARDIFF CHALLENGE: Pep Guardiola

Pep Guardiola telah memuji Riyad Mahrez selepas pemain antarabangsa Algeria tersebut menajringkan dua gol pertamanya buat City dalam kemenangan 5-0 di Cardiff.

Manchester City hadir di selatan Wales yang dibasahi dengan hujan untuk menebus kekecewan kalah kepada Lyon Rabu lalu dengan mempamerkan aksi lima bintang.

“Dia telah bermain dengan bagus sekali,” akui Pep.

“Dia seorang pemain yang akan banyak membantu kami. Dia mempunyai bakat istimewa dan di hadapan gawang dia ada kualiti luar biasa.

MAIDEN GOAL: Riyad Mahrez scores

“Kami amat berpuas hati dengannya dan kemenangan 5-0 di Cardiff, kami terlepas sedikit peluang, jadi, ya amat berpuas hati.”

Pep juga turut melahirkan rasa gembira cara pasukan meraih kemenangan dimana beliau membandingkan dengan prestasi City musim lalu.

FEELING GOOD: Leroy Sane, Raheem Sterling and Ilkay Gundogan

“Tahap permainan hari ini sama tahapnya dengan musim lalu. Kami bermain di bawah tahap sebenar di separuh masa pertama Rabu lalu, tapi kami tidak boleh lupa yang pasukan-pasukan lawan Liga Juara-Juara Eropah amat bagus, juga.

“Kami tahu, ia sebahagian dari proses. Musim ini panjang, begitu banyak perlawanan perlu dimainkan dan ia penting selepas keputusan teruk pasukan kembali bangkit pada tahap kebiasaannya.

“Untuk menjaringkan gol-gol anda perlu bersabar. Kami telah bersabar, kami tidak dikecewakan dengan bola panjang dan sepakan percuma, dan ia penting.”

ATTACKING POWER: Sergio Aguero and Leroy Sane

Menyentuh Sergio Aguero yang menjaringkan gol ke-205 di penampilan ke-300 buat City, Pep menambah: “ Dia seorang legenda tulen atas apa yang telah dilakukan pada kelab ini dan diharap kami dapat membantu kekalkannya pada posisi bagus untuk meneruskan kecemerlangan ini.”

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami perlu sesuai diri gaya permainan Cardiff

Berita Pasukan Utama

Agüero dalam angka

PLENTY MORE TO COME: Sergio Aguero

Statistik luar biasa legenda Manchester City, Sergio Agüero bersempena pelanjutan kontraknya hingga 2021.

Galeri Foto

Galeri Sergio Agüero tandatangani kontrak baru