quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola puji kekuatan mental Mahrez

PROUD: Pep Guardiola praised Riyad Mahrez for his reaction, following a difficult 48 hours...

PROUD: Pep Guardiola praised Riyad Mahrez for his reaction, following a difficult 48 hours...

Pep Guardiola melahirkan rasa bangganya berikutan permainan cemerlang Riyad Mahrez yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dalam kemenangan ke atas Tottenham

Bos Manchester City memuji kekuatan mental pemain sayap Algeria tersebut selepas gol tunggal kemenangan di Wembley pada minit keenam perlawanan.

Dengan kesedihan oleh berita dasyat menimpa bekas kelabnya, Leicester City, Mahrez mendedikasikan gol kemenangan kepada pemilik kelab Vichai Srivaddhanaprabha yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas dengan mengangkat kedua-dua tangannya ke langit.

MAHREZ: Riyad celebrates after his early goal.

Bercakap kepada sidang media selepas perlawanan, Mahrez meluahkan rasa hatinya dan Guardiola penuh pujian atas persembahan mantap pemain yang direkrut semasa musim panas dan reaksinya.

“Riyad bagus, dia fokus dan melakukan tugasan dengan cemerlang.

“Dia amat kenal dan rapat dengan pemilik kelab Leicester. Ia saat sukar untuk keluarga Leicester dengan mereka yang terkorban.

“Dia telah bermain tiga, empat, lima perlawanan terakhir pada tahap tinggi dengan menjaringkan gol-gol dan turut membantu banyak jaringan gol.

“Ketika menentang Shakhtar Donetsk, dia hampir menjaringkan tiga gol jika tidak kerana penjaga gol.”

Ia kondisi sukar dengan keadaan padang yang teruk selepas perlawanan NFL pada hujung minggu, Guardiola turut mengisytiharkan dirinya sebagai ‘puas’ dengan hasil tiga mata dan City memerlukan usaha keras di saat-saat akhir.

Image result for wembley pitch after nfl

Ketika ditanya sama ada dia berasa gusar pada 15 minit terakhir perlawanan, dia menjawab: “Ya saya, amat risau!”

“Erik Lamela berpeluang besar (menyamakan kedudukan) dan kami terlepas banyak peluang. Anda tak boleh harap untuk menjaringkan banyak gol melawan Spurs.

“Kadang-kadang kami melakukan kesilapan. Kami terlepas sebahagian gol dan membenarkan mereka melakukan serangan, mereka amat bagus.

Image result for pep guardiola riyad mahrez spurs 0-1 man city

“Kami telah bermain menentang salah satu pasukan paling berfizikal pernah kami hadapi. Mereka mempunyai pemain berfizikal luar biasa dan di padang perlawanan ini (Wembley), ia amat menyukarkan.

“Empat pertahanan kami agak bagus, terutama pertahanan tengah.

“Pada 15, 20 minit pertama babak kedua, ia sepatutnya sudah ‘berakhir’. Itulah masalahnya.

Image result for pep guardiola spurs 0-1 man city

“Dalam perlawanan besar dan penting seperti Liga Juara-Juara Eropah, jika kami tidak klinikal, lambat laut, kami tak akan dapat menang.

“Ia memuaskan hati (menang). Setiap kali anda bermain menentang pasukan-pasukan pencabar terutama di tempat lawan Tottenham, dan menang, ia satu kepuasan besar.

“Saya beri pujian untuk pasukan ini dan terutamanya dengan kondisi kedua-dua pasukan, Tottenham adalah satu pasukan dengan banyak kualiti.

Image result for pep guardiola spurs 0-1 man city

“Di padang perlawanan lebih bagus, mereka bermain lebih baik. Ia tidak mudah untuk mereka bermain dalam kondisi tersebut. Diharap, mereka boleh bermain lebih bagus di padang perlawanan yang lebih baik.”

Laporan Perlawanan

Gol tunggal Mahrez tewaskan Spurs di Wembley

Previu Perlawanan

Mendepani cabaran Spurs di Wembley

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Saingan EPL musim ini lebih sengit

Sidang media Pep Guardiola vs Spurs

Pep Guardiola percaya yang pertarungan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini lebih sukar berbanding musim Manchester City menjuarainya dengan memecah deretan rekod musim lalu.