quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Saingan EPL musim ini lebih sengit

Sidang media Pep Guardiola vs Spurs

Sidang media Pep Guardiola vs Spurs

Pep Guardiola percaya yang pertarungan merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini lebih sukar berbanding musim Manchester City menjuarainya dengan memecah deretan rekod musim lalu.

City meraih kejayaan musim 2017/18 selepas merangkul kejuaraan dengan mencatat 100 mata, 19 jarak dari Manchester United di tempat kedua.

Namun musim ini ia sudah menunjukan ia lebih sengit, dengan hanya dua mata memisahkan lima pasukan teratas selepas sembilan perlawanan.

Menjelang perlawanan hari Isnin ini di Tottenham Hotspur, Guardiola mengatakan yang para pemainnya perlu berjuang habis-habisan jika mereka ingin menjadi pasukan pertama dalam masa sedekad dapat mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Image result for city 5-0 burnley

“Saya tidak ragu tentang hal tersebut, dua mata membezakan lima hingga pasukan. Ia sengit.

“Anda lihat barisan pemain Tottenham. Spurs sentiasa di sana (lima teratas).

“Mereka tidak boleh melabur (membeli pemain) kerana mereka membina satu stadium hebat tapi mereka satu pasukan ternama.

Image result for spurs new stadium 2018

“Musim lalu kami telah bermain amat bagus dalam kedua-dua perlawanan (menang kedua-duanya), tapi mereka satu pasukan handalan.”

Guardiola percaya yang mereka salah satu pasukan yang paling canggih dari segi taktikal dalam bola sepak Inggeris, dengan keupayaan Mauricio Pochettino menukar sistem-sistem, satu halangan yang sukar untuk ditangani.

“mereka bermain dengan lima pemain pertahanan, kadang-kadang berformasi ‘berlian’ (diamond), kadang-kadang 4-2-3-1. Mereka boleh gunakannya dan ubah lagi.

Image result for son dele alli 2018

“Bila anda tahu sesuatu pasukan lakukan perkara yang sama, ia jadi lebih mudah untuk menguasainya. Mereka kadang-kadang bermain dengan menurunkan Son bersama Dele Alli, mereka boleh tukarkannya.

“Anda perlu bersedia untuk tersebut. Dari segi taktikal mereka amat bersedia.

“Bila kami lihat perlawanan mereka menentang Inter Milan dalam Liga Juara-Juara Eropah, mereka tidak teruk berbanding pasukan lawan. Saya katakan mereka malah lebih bagus.

Image result for pep guardiola and pochettino

“Tapi ia satu kejuaraan istimewa. Stastik adalah statistik (nombor-nombor).

“Mereka adalah satu pasukan yang saya paling suka tonton, saya boleh belajar bila menonton permainan mereka.

“Mereka ada satu pasukan muda, penjaga gol bagus, penyerang, setiapnya terbaik.”

* Perlawanan menentang Spurs akan berlangsung di Stadium Wembley pada hari Isnin, 29 Oktober jam 8 malam UK bersamaan pukul 4 pagi Selasa waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Pep puji kehebatan City selepas menang di Ukraine

Laporan Perlawanan

City pamer aksi hebat jinakkan Shakhtar di Ukraine

Berita Pasukan Utama

Guardiola: City kian hampir capai sasaran UCL