quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep puji permainan Mahrez dan Fernandinho

WATCHING BRIEF: Pep Guardiola keeps an eye on proceedings during the game against Burnley

WATCHING BRIEF: Pep Guardiola keeps an eye on proceedings during the game against Burnley

Pep Guardiola memberi pujian khas buat duo Manchester City, Riyad Mahrez dan Fernandinho selepas kedua-duanya menjaringkan gol dalam kemenangan 5-0 ke atas Burnley.

Pemain tengah Algeria tersebut memberi tindak balas sempurna atas kegagalannya menyempurnakan sepakan penalti semasa pertemuan dengan Liverpool dua minggu lalu dengan mencatat gol pertama di Stadium Etihad dan keempat buat kelab.

Pep turut memuji permainan Fernandinho yang disifatkan sebagai ‘luarbiasa’ selepas pemain tengah pertahanan Brazil itu merembat masuk gol ketiga.

PEP TALK: The boss fires out some instructions

Dengan Sergio Aguero, Bernardo Silva dan Leroy Sane turut tersenarai sebagai penjaring gol, ia menjadikan hari cukup indah buat City terutama dengan kembalinya Kevin De Bruyne selepas dua bulan direhatkan akibat kecederaan.

“Semasa di Anfield, dia (Mahrez) telah bermain amat bagus, oleh sebab itu dia diturunkan hari ini.

“Dia bermain dengan personaliti. Hanya para pengambil sepakan akan terlepas penalti. Dia telah jaringkan satu gol hebat, tapi juga membantu, mencipta peluang, betapa dia agresif, amat bagus bermain.

“Riyad telah memperagakan permainan yang bagus. Kami tahu dia seorang pemain berbakat. Dia pemain yang suka bermain dengan bola. Dia akan menuju ke garisan sisi, boleh menjaringkan gol dengan kaki kiri atau kanan.

“Dia merupakan pembelian bagus buat kami.”

Bos City turut memberi penuh pujian sama buat pemain tengah Brazil, Fernandinho.

Pep sebelumnya telah menjelaskan Fernandinho sebagai ‘pemberian’ dan mendakwa permainan pemain berusia 32 tahun itu merupakan yang terbaik setakat ini pada musim ini.

“Fernandinho semasa kami bersama, dia merupakan pemain amat penting buat kami. Tanpa diragui.

TAKE THREE: Ferna lashes home a wonderful third goal for the Blues

“Hari ini dia bijak, bentuk badannya, pergerakannya, setiap kali dia menerima bola dia bersedia untuknya. Dia hebat, luar biasa.

“Hari ini merupakan antara permainan terbaiknya musim ini. Dia merupakan pemain kunci buat kami.”

Ia merupakan kemenangan yang berharga buat City untuk memastikan juara bertahan kekal berada di puncak carta Liga Perdana Inggeris, dengan Liverpool turut meraih kemenangan.

LETHAL WEAPON: Sergio Aguero wheels away in delight after opening the scoring

Guardiola berkata tahap prestasi permainan City hebat adalah hasil dari perasaan selesa para pemainnya terutama ketika bermain di Stadium Etihad.

“Tahap permainan kami di tempat sendiri terutamanya amat tinggi, kami telah menang setiap perlawanan di laman sendiri dan telah bermain dengan baik.

“Kami menyerang bagus, lima pemain berlainan telah menjaringkan gol, jadi tidak semua tekanan pada Sergio dan Gabriel.

HART BREAK: Joe Hart can only look on in dejection after City's opening goal

“Kami berasa selesa di tempat sendiri, dengan para penyokong di pihak kami. Padang perlawanan, terima kasih pada para pengurus padang, mereka membantu kami bermain lebih laju.

“Malah bila kami menggilirkan para pemain, kami boleh terus bertarung dan konsisten dalam Liga Perdana Inggeris, dan ia amat penting.”

Laporan Perlawanan

City pamer aksi lima bintang tundukkan Burnley

Berita Pasukan Utama

Pep: De Bruyne sedia kembali beraksi lawan Burnley

Previu Perlawanan

Misi kekalkan takhta di puncak

Previu Perlawanan Manchester City vs Burnley EPL

Manchester City meneruskan cabaran Liga Perdana Inggeris selepas rehat antarabangsa bulan Oktober dengan menghadapi Burnley untuk perlawanan ke-9 liga musim ini.