quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: City kian hampir capai sasaran UCL

Pep Guardiola vs Shakhtar Donetsk UCL

Pep Guardiola vs Shakhtar Donetsk UCL

Pep Guardiola menegaskan yang Manchester City semakin mencapai sasaran mencipta kejayaan dalam Liga Juara-Juara Eropah menjelang pertemuan dengan Shakhtar Donetsk.

City akan berhadapan pasukan Ukraine di Donbass Arena, Kharkiv hari Selasa sebelum bertemu semula di Stadium Etihad dua minggu kemudian di peringkat Kumpulan F.

Pep mengesahkan yang Kyle Walker cergas dan termasuk dalam rombongan selepas pemain pertahanan England itu terlepas perlawanan Sabtu lalu dalam kemenangan 5-0 ke atas Burnley berikutan kecederaan semasa rehat antarabangsa.

Walker bersama pasukan, sementara Fabian Delph dan Ilkay Gundogan tidak turut serta.

Image result for kyle walker v hoffenheim

“Jika mereka di sini, kerana mereka sudah bersedia.

Ketika ditanya sama ada dia lebih suka para pemainnya tidak meninggalkan kelab semasa rehat antarabangsa, Guardiola menjelaskan: “Dari satu sudut, ia baik untuk mereka, kami tak pernah memaksa mereka bersara (arena antarabangsa) atau memberitahu mereka terus bermain untuk pasukan kebangsaan mereka.

“Namun kami tak boleh nafikan yang para pemain berusia 32, 33, 34 mempunyai masa seminggu hingga sepuluh hari cuti untuk membugarkan minda dan kaki-kaki mereka.

“Dari satu sudut lagi, Piala Dunia dan EURO adalah kejuaraan besar buat mereka. Pada akhirnya, ia bergantung pada keputusan mereka sendiri. Pengurus dan kelab tidak memutuskannya.”

Berkenaan pemain pertahanan Aymeric Laporte yang tidak dipanggil pasukan kebangsaan Perancis semasa tugasan antarabangsa lalu, Pep mengatakan lambat laun beliau akan dipanggil juga.

Pemain pertahanan tersebut begitu menyerlah bersama City musim ini namun belum mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa oleh negara kelahirannya.

Pep menegaskan, pemain berusia 24 tahun berhak diberi peluang, namun mengakui City beruntung dengan kelebihan tumpuan sepenuhnya Laporte pada kelab.

“Anda tak pernah tahu, Laporte telah tidak terpilih tapi dia akan dipilih. Ia sukar untuk menemui pemain pertahanan tengah kiri lebih bagus darinya di dunia.”

Sementara itu, Fernandinho kembali buat kali kedua ke laman lamanya berhadapan dengan bekas pasukannya selama lapan tahun, Shakhtar Donetsk sebelum berpindah ke City.

“Ferna dapat membuat mana-mana pengurus menjadi orang paling gembira dan bertuah di dunia, segalanya dihormati – dia menunjukkan rasa hormat. Dia terbuka untuk memperbaiki permainannya dan melakukan segalanya.

“Ia satu kegembiraan mempunyainya sebagai pemain, dia amat istimewa. Dia akan sentiasa menjadi pemain istimewa buat saya untuk bekerja bersama-sama.”

Image result for fernandinho celebrate 2018/19

Dengan kembalinya City ke Eropah selepas menang di minit akhir 2-1 di Hoffenheim dan tewas 2-3 kepada Lyon di Stadium Etihad dalam perlawanan pertama, Pep menegaskan betapa pentingnya pasukan meneruskan prestasi cemerlang mereka.

Mengulas prestasi pasukan musim ini sehingga ini, Pep memperakui, “Agak bagus. Kami perlu mengkaji di mana kami datang tapi saya tak banyak rungutan, malah dalam perlawanan-perlawanan yang kami keciciran mata, saya rasa kami agak bagus.

“Untuk 45 minit pertama menentang Lyon, kami tak bermain seperti biasa. Saya tak merungut. Bila saya merungut, saya beritahu mereka (pemain). Saya masih belum memberitahu mereka setakat ini.

“Bila anda melihat mereka setiap hari, ia bukan tentang bagaimana saya ucapkan kata-kata. Sekadar menyaksikan para pemain. Bila kami menonton mereka bermain setiap minit, ia pertunjukkan terbaik membuktikan yang mereka seronok bermain bola.

“Kami perlu belajar dari perlawanan tersebut (lawan Lyon). Bila anda bermain satu musim dan bermain melawan pasukan-pasukan mencabar, kebiasaannya dalam Liga Juara-Juara, tahapnya begitu tinggi berbanding kejuaraaan-kejuaraan tempatan. Ia nampak mudah, tapi hakikatnya tidak.

Related image

“Apabila anda mencapai sesuatu, ia kelihatan mudah. Sebenarnya tidak. Belajar darinya.

“Anda masih ada 12 mata untuk diraih. Ia di tangan kami untuk layak ke peringkat seterusnya dan bersaing untuk memperolehi sesuatu dari kejuaraan ini, anda perlu hidup dalam situasi-situasi sebegini.

“Kami akan melupakannya. Kami kecewa tapi belajar. Apa yang boleh kami lakukan ialah belajar dan cuba mengelaknya di masa depan.

“Saya dilahirkan di Barca. Saya membesar di sana. Pada usia 13 tahun, saya telah mula bermain. Ia sebati dalam jiwa anda, hanya satu cara untuk terus hidup ialah menang. Saya telah belajarnya.

“Saya juga telah belajar apabila anda tidak menang, hidup perlu diteruskan dan anda ada musim lain. Kami akan memberi segalanya untuk menjuarai kejuaraan ini.

“Apa yang telah saksikan musim lalu, dengan banyak keadaan dan kelab kami, secara jujur, kami tidak bersedia untuk menjuarainya. Itu yang saya rasa.

“Ia bukan bermakna kami tidak akan cuba untuk mencapainya tapi untuk menjuarai kejuaraan ini, ia tidak cukup sekadar mengigininya. Banyak perkara perlu berlaku dan anda perlu mengalaminya, namun, kami masih belum cukup dalam beberapa keadaan.

Image result for man city 2-3 lyon pep

“Setiap perlawanan kami bermain adalah pengalaman baru. Kami akan mencapainya tapi keinginan sahaja tidak cukup. Anda perlu mempunyai keinginan kuat media, kelab, Pengerusi, pemilik kelab, para peminat…setiap orang ingin untuk terus menghampirinya untuk mencapai peringkat-peringkat seterusnya.

“Apabila ini berlaku, apabila setiap orang merasainya, menuntutnya, ia akan jadi semakin hampir. Satu perkara penting untuk menjuarai kejuaraan ini ialah anda perlu menjadikan setiap orang di sekitar City mengingininya.

“Namun, kami masih tiada perasaan itu. Para peminat tiada berkeinginan kuat untuk menjuarai Liga Juara-Juara Eropah.

“Kami satu pasukan bagus. Saya tak nafikannya, ia satu keseronokan bekerja bersama mereka, tapi kejuaraan ini sesuatu yang istimewa. Saya tak rasainya.

“Saya pasti lambat laun, kami akan hampir jika kelab bekerja dengan cara yang telah dilakukan semenjak lima hingga 10 tahun lalu. Setiap tahun, kami kian hampir.

“Lambat laun, mungkin. Diharap, ia akan berlaku secepat mungkin.”

 

* Perlawanan menentang Shakhtar Donetsk akan berlangsung di Donbass Arena, Kharkiv, Ukraine pada hari Selasa, 23 Oktober jam 8 malam UK bersamaan pukul 3 pagi waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Rombongan skuad UCL City ke Ukraine

SQUAD GOALS: The City team line up before kick-off

Senarai skuad Manchester City untuk perlawanan menentang Shakhtar Donetsk di Kharkiv, Ukraine untuk peringkat Kumpulan F, Liga Juara-Juara Eropah telah disahkan.

Berita Pasukan Utama

Pep puji permainan Mahrez dan Fernandinho

Laporan Perlawanan

City pamer aksi lima bintang tundukkan Burnley