quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep puji kehebatan City selepas menang di Ukraine

WATCHING BRIEF: Pep Guardiola keeps a careful eye on proceedings

WATCHING BRIEF: Pep Guardiola keeps a careful eye on proceedings

Pep Guardiola menyifatkan pasukannya ‘hebat’ selepas kemenangan selesa 3-0 ke atas Shakhtar Donetsk dalam perlawanan peringkat kumpulan, Liga Juara-Juara Eropah.

Gol dari David Silva, Aymeric Laporte dan Bernardo Silva menjamin tiga mata penuh dengan pasukan Ukraine ‘lemas’ dengan kualiti bola sepak ditunjukkan Manchester City.

Dengan Lyon seri kepada Hoffenheim di Jerman, ia bermakna City kini mendahului Kumpulan F dengan jarak satu mata selepas tiga perlawanan dan Guardiola tidak dapat menyembunyikan rasa puas seusai perlawanan tamat, dengan menyifatkan ia sebagai keputusan hebat.

“Separuh masa pertama cemerlang, kami telah mempamerkan permainan bagus. Kami menguasainya.

“Babak kedua, mereka banyak menekan dengan lima hingga enam pemain di hadapan. Ia rumit tapi setiap kali kami berjaya merampas semula bola dan berlari, kami telah melakukan banyak peluang bagus semasa serangan balas.

“Ia merupakan keputusan hebat. Kami dapat bangkit kembali dari kekalahan kepada Lyon dengan kemenangan di Jerman (Hoffenheim) dan di sini.

“Ia kini di tangan kami. Menang perlawanan seterusnya di tempat sendiri dan kami akan berjaya ke peringkat seterusnya.”

City lebih tajam dan lebib berdaya cipta berbanding pasukan lawan sepanjang perlawanan dan berhak meraih kesemua tiga mata.

Permainan David Silva telah menyaksikannya berhak dianugerahkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan, namun ramai calon-calon lain yang turut layak di malam yang sukar dilupakan kelab.

Guardiola turut penuh pujian untuk para pemainnya yang beliau menjelaskan terus bertambah baik di bawah bimbingannya.

“Kami bersama-sama selama tiga musim kini, kami mengetahui satu sama lain lebih baik.

“Kami banyak bekerja dan tahu apa yang boleh dilakukan lebih baik. Ia normal.

“Tiga tahun bersama-sama, kami lebih bagus berbanding tahun pertama.”

SQUAD GOALS: The City starting eleven line up prior to kick-off at the Metalist Stadium in Kharkiv

Dengan City mengatasi Lyon ke kedudukan pertama Kumpulan F, Pep ingin memastikan kedudukan itu kekal untuk mara ke peringkat seterusnya sebagai juara kumpulan.

“Jika kami dapat kalahkan Shakhtar dalam perlawanan berikutnya (di Stadium Etihad), mereka tidak akan layak seterusnya.

“Kami mahu sudahi saingan kumpulan ini di tempat pertama.

“Selepas kalah kepada Lyon, kami bermain di bawah tekanan. Hari ini kami bermain amat bagus. Kami berupaya menang di sini. Hari ini kami telah bermain amat bagus.”

Berita Pasukan Utama

Guardiola: City kian hampir capai sasaran UCL

Berita Pasukan Utama

Rombongan skuad UCL City ke Ukraine

SQUAD GOALS: The City team line up before kick-off

Senarai skuad Manchester City untuk perlawanan menentang Shakhtar Donetsk di Kharkiv, Ukraine untuk peringkat Kumpulan F, Liga Juara-Juara Eropah telah disahkan.

Berita Pasukan Utama

Pep puji permainan Mahrez dan Fernandinho