quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Aguero dalam pemilihan lawan Hoffenheim

Pep Guardiola sidang media lawan Hoffenheim

Pep Guardiola sidang media lawan Hoffenheim

Pep Guardiola mengatakan akan menguji kecergasan Sergio Aguero pada hari Selasa menjelang pertembungan Kumpulan F Liga Juara-Juara Eropah di Rhein-Neckar-Arena, Jerman.

Bos Manchester telah mendedahkan yang penyerang Argentina itu telah bermain dengan kesakitan kakinya semenjak kemenangan ke atas Newcastle, dengan menjelaskan Kun diganti keluar atas dasar berwaspada semasa melawan Brighton hari Sabtu lalu.

Dengan Gabriel Jesus juga dalam senarai pemilihan, Guardiola memberitahu sidang media yang beliau akan melakukan pemilihan skuad muktamad semasa hari perlawanan.

“Esok merupakan satu perlawanan besar dan Sergio Aguero berada di sini (Jerman) kerana pihak doktor mengatakan dia dapat bermain.

“Esok, kami akan putuskan sama ada untuk menurukannya atau Gabriel Jesus.”

Guardiola turut memberitakan tentang perkembangan Kevin De Bruyne yang telah kembali berlatih pada hari Isnin, juga tentang Fabian Delph dan Benjamin Mendy.

“KDB tiada di sini kerana dia masih tidak dapat bermain, kami rasa kehilangan kualitinya tapi dia telah kembali.

“Hari ini merupakan sesi latihan pertamanya bersama pasukan jadi kita akan lihat bila dia bersedia.

“Delph, tidak (tidak cergas dan tidak akan bermain lawan Liverpool hari Ahad). Mendy, mungkin. Kami masih ada cukup hari sebelum perlawanan tersebut, jadi diharapnya dia baik.

“Masalahnya, mereka masih belum berlatih bersama kami. Apabila kami kembali ke Manchester, mereka boleh berlatih bersama kami.

Dengan City kalah dalam perlawanan pertama Kumpulan F di tempat sendiri kepada Lyon, Guardiola menegaskan yang pasukannya perlu menghadapi setiap baki perlawanan peringkat ini sebagai perlawanan akhir.

Image result for man city 1-2 lyon

“Kami ada lima perlawanan akhir di hadapan di peringkat kumpulan, ia Liga Juara-Juara Eropah, jadi semua pasukan bagus. Saya berikan pujian untuk pasukan-pasukan lawan.

“Seperti yang telah dikatakan Vincent Kompany, ia merupakan kejayaan berkualiti tinggi dan ia amat mencabar.

“Ia merupakan kejuaraan sukar buat kami semua dan kami cuba untuk menjadi stabil. Saya rasa kami sedang lakukan kemajuan kerana dalam beberapa musim lalu, kami layak agak selesa.”

Guardiola turut menyatakan yang beliau tidak sabar untuk bertemu dengan pengurus, Hoffenheim, Julian Nagelsmann yang baru berusia 31 tahun dan menegaskan yang pasukannya tidak boleh memandang mudah pasukan Jerman tersebut, yang telah mengikat Shakhtar Donestsk seri dalam perlawanan pertama mereka di laman lawan.

Image result for julian nagelsmann hoffenheim

*Perlawanan kedua Kumpulan F , Liga Juara-Juara Eropah menentang Hoffenheim akan berlangsung di Rhein-Neckar-Arena pada hari Selasa, 2 Oktober jam 5.55 petang UK bersamaan pukul 12.55 tengah malam/awal pagi Rabu Malaysia. Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 811/833 HD.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Saya bertuah mempunyai pasukan ‘hebat’

Laporan Perlawanan

City ke puncak liga kalahkan Brighton

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Jangan pandang remeh Brighton

Pep Guardiola mengesahkan yang Kevin de Bruyne akan kembali berlatih dalam beberapa hari lagi semasa sidang media menjelang kunjungan Brighton & Hove Albion hari Sabtu.