quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: De Bruyne sedia kembali beraksi lawan Burnley

Pep Guardiola mengesahkan yang Kevin De Bruyne cergas dan dalam bersedia untuk menghadapi Burnley hari Sabtu ini di Stadium Etihad.

Pemain tengah Belgium itu tidak bermain semenjak perlawanan pembuka musim di Arsenal selepas mengalami kecederaan ligamen lutut kanan semasa sesi latiham.

Namun bos Manchester City mengesahkan semasa sidang media hari Jumaat yang De Bruyne akan kembali beraksi hujung minggu ini dan berkata ia akan memberi perangsang kepada pasukan.

“Ya dia (KDB) cergas, saya tidak tahu jika dia dapat bermain selama 90 minit.

“Dia telah berlatih semenjak dua minggu lalu. Dia tidak kesakitan lagi dan bersedia bermain untuk pasukan.

“Dia merupakan pemain penting buat kami. Bila mana seseorang pemain direhatkan (cedera), saya suka apabila mereka kembali semula kerana kami jadi lebih kuat.

“Kevin, tanpa ragu betapa pentingnya beliau buat kami.”

Sementara itu, Fabian Delph juga turut kembali cergas dan kemungkinan akan diturunkan semula menentang Clarets nanti.

Pemain England itu telah tidak bermain semenjak kemenangan 5-0 ke atas Cardiff dan hanya tampil sebanyak tiga kali musim ini.

Namun Guardiola telah mengesahkan pemain tengah Ilkay Gundogan kekal dengan masalah hamstring yang dialami semasa di Hoffenheim.

“Gundogan tidak cergas, seminggu atau dua minggu lagi, saya tidak pasti bila dia akan kembali.

“Fabian berlatih bersama kami dan dalam pemilihan skuad lawan Burnley.

Berkenaan lawan City dalam perlawanan ke-9 Liga Perdana Inggeris musim ini, pasukan kendalian Sean Dyche, Pep menjelaskan: “Ia sentiasa perlawanan sukar, semenjak saya tiba di sini. Menguasai bola panjang, bola kedua. Jadi kuat, lakukannya dengan bagus.

Image result for guardiola burnley players

“Kami perlu bertahan kerap dalam petak penalti, jika tidak kami akan merana. Mereka amat kuat. Elak lakukan terjahan yang tak sepatutnya. Kuat dalam ‘set-pieces’.

“Ia sentiasa mencabar bermain selepas rehat antarabangsa melihat para pemain kembali beraksi untuk kelab. Selepas itu, kami perlu terbang ke Ukraine, lawan Shakhtar Donestk dan dapat kembali prestasi permainan bagus secepat mungkin.”

Related image

Menyentuh kembalinya Joe Hart buat pertama kali ke laman lamanya sebagai pasukan lawan bersama Burnley, Pep menambah: “Tidak diragui betapa penting Joe dulu dan kini.

"Esok, kita akan lihat para penyokong menghargai apa yang telah dilakukannya untuk kelab ini.”

* Perlawanan menentang Burnley akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Sabtu, 20 Oktober jam 3 petang UK bersamaan pukul 10 malam waktu Malaysia. Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD. 

 

Previu Perlawanan

Misi kekalkan takhta di puncak

Previu Perlawanan Manchester City vs Burnley EPL

Manchester City meneruskan cabaran Liga Perdana Inggeris selepas rehat antarabangsa bulan Oktober dengan menghadapi Burnley untuk perlawanan ke-9 liga musim ini.

Berita Pasukan Utama

Aguero Pemain Terbaik Etihad September

Berita Pasukan Utama

Aguero dan De Bruyne calon Ballon d’Or 2018