quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kami akan cuba yang terbaik lawan Liverpool

PREVIEW: Pep speaks to the media ahead of City's home game against Huddersfield.

PREVIEW: Pep speaks to the media ahead of City's home game against Huddersfield.

Kevin De Bruyne dan Benjamin Mendy dalam bayangan untuk tampil dalam pertembungan dengan Liverpool di Anfield, Ahad ini.

Namun begitu, Fabian Delph kekal direhatkan, manakala Ilkay Gundogan akan melalui ujian kecergasan akhir sebelum perlawanan selepas pemain tengah Jerman itu ditimpa kesakitan semasa melawan Hoffenheim.

“Setiap pemain baik sahaja, Delph masih belum bersedia, Gundogan ada sedikit masalah dan tidak berlatih hari ini, kita akan lihat esok. De Bruyne berlatih hari ini.”

Bos Manchester City turut mengesahkan yang Mendy turut kembali berlatih pada hari Jumaat dan kemungkinan dapat bermain.

Ketika ditanya tentang pertembungan City dengan Liverpool musim lalu, Guardiola menambah: “Setiap perlawanan berlainan sama sekali. Dalam perlawanan pertama Liga Juara-Juara Eropah kami telah bermain dengan bagus kecuali pada akhir separuh masa pertama.

“Di tempat sendiri (perlawanan kedua) kami bermain amat bagus sekali. Tidak kiralah kami telah kalah dalam perlawanan tersebut. Semenjak Jurgen mengambil alih, dia ada banyak senjata untuk menyerang dalam serangan balas, dan ‘set-pieces’, dan mereka mengambil peluang dari kesilapan-kesilapan lawan.

Image result for jurgen klopp liverpool

“Mereka amat bagus dalam melakukan serangan sebenar dan tiga penyerang di hadapan begitu serasi. Mereka merupakan satu pasukan ternama dan telah berjaya sampai ke semifinal Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Mo Salah, Roberto Firmino dan Sadio Mane telah menajringkan tujuh dari Sembilan gol Liverpool menentang City musim lalu dalam pasukan Pep Guardiola kalah tiga dari empat pertemuan Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara Eropah.

Image result for salah firmino mane

Untuk mengelak ‘kelancaran’ trio Liverpool itu menghasilkan di Anfield hari Ahad ini memerlukan tugasan berat untuk memastikan City kembali dari Anfield dengan rekod tanpa kalah sejak awal musim dalam Liga Perdana.

“Perbezaan besa ialah berapa kerap anda kehilangan bola.

“Dalam perlawanan Liga Juara-Juara, mereka tidak kehilangan bola. Para pemain mereka amat berbahaya dan berhubung satu sama lain dengan baik, Mane dan Salah suka berlari dari belakang dan mereka lakukannya dengan bagus.

Image result for city v liverpool ucl

“Saya sentiasa percaya dan merasakan dalam permainan saya , kami sepatutnya menyerang lebih bagus dan terlindung bila kehilangan bola.

“Saya tidak menjangkakan apa yang telah berlaku di Napoli akan berlaku di Anfield (di mana Liverpool tidak mencatat sebarang percubaan).

“Kami perlu bertahan, tapi bukan dalam pendekatan permainan kami kerana ia membosankan dan kami perlu jadi diri kami yang sebenar. Dalam perlawanan-perlawanan sebegini, kami perlu jadi diri kami sebenar.

Image result for napoli 1-0 liverpool

“Jika kami kalah, maka tahniah buat Jurgen, tapi kami cuba untuk perbaikinya dan kemudian cuba lagi.

“Mereka hebat dan walaupun kami ada satu pasukan bagus, mereka juga lakukan banyak perkara. Untuk mengurangkan impak tiga pemain tersebut sedikit mungkin Ahad ini, kami perlu menyerang dan bermain sebaik mungkin.

Image result for city celebrate v hoffenheim

“Liverpool berhak mendapat segala pujian yang mereka terima. Saya rasa kami juga menerima banyak pujian, tapi bagi kami bila anda ada sesuatu visi, anda mula membanding, kami perlu rasa amat bangga dengan diri kami.

“Apa yang kami perlu lakukan adalah cuba laksanakan tugasan kami.”

* Perlawanan kelapan Liga Perdana Inggeris musim ini antara Liverpool dan Manchester City akan berlangsung di Anfield pada hari Ahad, 7 Oktober jam 4.30 petang UK bersamaan pukul 11.30 malam waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Pemain City dipanggil galas tugasan antarabangsa

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami perlu sengsara untuk berjaya

Laporan Perlawanan

Lewat gol Silva bawa City menang di Hoffenheim