quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Aguero dan De Bruyne calon Ballon d’Or 2018

Sergio Aguero dan De Bruyne, calon Ballon d'Or 2018

Sergio Aguero dan De Bruyne, calon Ballon d'Or 2018

Sergio Aguero dan Kevin De Bruyne telah dinominasikan untuk anugerah Ballon d’or 2018.

Aguero yang telah menjaringkan 30 gol dalam 39 perlawanan musim lalu turut diundi dalam Pasukan Terbaik Tahunan PFA buat pertama kali.

Penyerang Argentina itu turut menjadi penjaring gol terbanyak sepanjang zaman kelab dengan jaringan gol ke-178 dalam kemenangan di Napoli dan semenjak itu terus memecah rekod City dan England.

Sementara itu De Bruyne telah mencatat musim 2017/18 yang cemerlang dan diundi sebagai Pemain Terbaik Etihad Musim lalu.

Beliau telah bermain 52 perlawanan dengan menjaringkan 12 gol di kesemua kejuaraan dan 16 bantuan jaringan Liga Perdana Inggeris.

Pemain tengah Belgium ini dikalah tipis untuk undian anugerah Pemain Terbaik PFA namun dinobat sebagai ‘Playmaker’ Terbaik Liga Perdana Inggeris musim lalu dan turut disenaraikan dalam Pasukan Terbaik UEFA 2017 dan Pasukan Terbaik PFA 2017/18.

De Bruyne turut menikmati Piala Dunia 2018 apabila Belgium menamatkannya dengan kedudukan di tempat ketiga di belakang Croatia, selepas Perancis menjuarainya.

Awal tahun ini, ketika Pep Guardiola ditanya jika KDB akan memenangi anugerah beliau berkataL “Tidak disangkal. Ia bukan satu perlawanan sahaja, ia seluruh musim, setiap tiga hari bermain cara tersebut. Setiap tiga perlawanan. Cara beliau bermain, ia sukar untuk menemuinya di Eropah yang lebih bagus.”

Image result for kevin de bruyne 2018/19

De Bruyne, turut bercakap pada awal 2018: “Saya lakukan apa sahaja untuk merangkul kejuaraan bersama rakan sepasukan. Apa yang berlaku selebihnya adalah tambahan. Saya amat gembira dengan cara segalanya berlaku buat saya. Saya bermain cara ini kerana pasukan bermain cara ini. Ia menjadikan ia lebih mudah buat saya, ia menjadikan lebih mudah buat mereka. Pada akhirnya, jika anda meraih anugerah individu ia sesuatu yang indah.”

Bos turut percaya yang Kun Aguero bermain antara bola sepak tercantik dalam kariernya dan sehingga kini pada musim ini sudah menghasilkan 11 gol di kesemua kejuaraan. Manakala semenjak menyertai City, Kun telah mengumpul 207 dalam 303 penampilan buat kelab.

Related image

30 nama dicalonkan untuk merebut anugerah berprestij oleh majalah ‘France Football’.

Aguero, Edinson Cavani, Alisson Becker, Gareth Bale dan Karem Benzema merupakan lima nama untuk senarai pertama.

Senarai kedua pula termasuk De Bruyne, Diego Godin, Cristiano Ronaldo, Roberto Firmino dan Thibaut Courtois.

Sementara senarai ketiga pula, Harry Kane, N’golo Kante, Eden hazard, Isco dan Antoine Griezmann.

France Football akan mengumumkan senarai calon secara berperingkat-peringkat.

Berita Pasukan Utama

Pep Guardiola gembira permainan City di Anfield

Laporan Perlawanan

City kekal di puncak selepas seri di Anfield

Previu Perlawanan

Misi hapuskan 'badi usang' Anfield

Jurgen Klopp vs Pep Guardiola

Manchester City akan berkunjung ke laman Liverpool, petang Ahad untuk menamatkan badi lama Anfield dengan hanya dua kemenangan dicatat dalam masa 62 tahun.