quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Kami perlu sengsara untuk berjaya

Pep Guardiola vs Hoffenheim

Pep Guardiola vs Hoffenheim

Ia ibarat ‘tiada kesusahan, tiada kesenangan’ buat Pep Guardiola selepas menyaksikan kemenangan dramatik Manchester City 2-1 dalam Liga Juara-Juara Eropah ke atas Hoffenheim.

City ketinggalan satu gol kurang dari seminit selepas perlawanan bermula apabila Ishak Belfodil menyelinap perangkap ofsaid City di bawah penjaga gol Ederson.

Namun City bereaksi dengan cepat apabila David Silva melepasi pertahanan tuan rumah kemudian membenarkan Leroy Sane melakukan hantaran untuk disudahi Sergio Aguero tujuh minit kemudiannya.

Pada ketika itu, City kelihatan hampir untuk menjaringkan lebih banyak gol namun dengan pertahanan mantap Hoffenheim ditambah rayuan Sane ditolak mentah-mentah pengadil, ia tampak perlawanan akan berakhir dengan seri.

Tapi pada minit ke-87 bacaan Silva yang tajam berjaya mencuri bola dari pertahanan tuan rumah lalu meledak gol kemenangan.

SOLID SILVA: El Mago puts City on the front-foot

Meskipun para peminat City dijamu dengan permainan yang penuh mendebarkan, Guardiola yakin perlawanan-perlawanan sebegini akan memantapkan lagi prestasi pasukan untuk meraih banyak kejayaan di masa depan.

“Selepas kalah perlawanan pertama, ia amat penting untuk tidak kalah pada hari ini, perlawanan amat sengit dan pada akhirnya kami menang.

“Untuk menang di Jerman sentiasa sukar. Ia tiga mata berharga, kami telah bertarung menentang banyak perkara, dan oleh sebab itu ia memuaskan hati pasukan.

NO ENTRY: Fernandinho and Nicolas Otamendi put the squeeze on the hosts

“Hoffenheim begitu tersusun dari segi pertahanan mereka, dengan bola mereka amat kuat. Ia tidak mudah untuk mencari ruang, tapi akhirnya kami temuinya pada masa tepat untuk memenangi perlawanan ini.

“Kami perlu lalui pengalaman sebegini untuk menjadi lebih bagus. Anda tidak boleh melangkah ke hadapan jika anda tidak merana, anda perlu lalui pengalaman sebegini, jadi ia bagus untuk masa depan.”

FOCUS: Ilkay Gundogan is a study in concentration on his return to his native Germany

Guardiola turut mengesahkan yang pasukan kesihatan City akan memeriksa lanjut Ilkay Gundogan pada hari Rabu selepas pemain tengah Jerman itu terpaksa meninggalkan awal perlawanan selepas mengalami masalah hamstring pada babak kedua.

Laporan Perlawanan

Lewat gol Silva bawa City menang di Hoffenheim

Berita Pasukan Utama

Senarai skuad City ke Hoffenheim, UCL

Berita Pasukan Utama

Pep: Aguero dalam pemilihan lawan Hoffenheim