quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Ia satu keseronokan mengurus pasukan ini

Pep Guardiola vs Southampton

Pep Guardiola vs Southampton

Pep Guardiola mengatakan yang beliau berasa seronok mengendalikan para pemainnya di Manchester City.

Bercakap selepas kemenangan 6-1 ke atas Southampton yang telah menyaksikan City mendahului Liga Perdana Inggeris dengan jurang dua mata, bos City penuh pujian atas permaianan pasukan, meskipun menegaskan penambahbaikan pasukan dan individu-individu boleh dilakukan.

SILVA BULLET: Our Spanish maestro David Silva smashes home our third goal

“Ia satu keseronokan menjadi pengurus mereka kerana mereka ikut apa yang kami beritahu kepada mereka.”

“Semasa latihan, saya cuba berbincang mengapa kami sepatutnya bermain cara ini. Ia satu kegembiraan dan keseronokan buat para pegawai.

“Mikel (Arteta) menekankan banyak perkara dan setiap pegawai berada untuk membantu para pemain menjadi lebih bagus.

Related image

“Jika pada akhir tempoh kami di sini mereka menjadi lebih bagus berbanding ketika kami tiba, maka tahniah buat mereka.”

Di sebalik pujian, Pep turut berkata masih banya ruang untuk pasukannya perbaiki lagi.

Dia turut memuji Southampton meskipun pasukan pelawat tersebut telah dibelasah oleh pasukannya dengan mengisyaratkan kepada semangat dan peluang-peluang mereka ciptakan selepas masa rehat.

“Tanpa bola kami banyak terlepas, kami terlepas banyak peluang dari tendangan sudut, sepakan peprcuma dan mereka antara pasukan terbaik dalam mengambil peluang dari tendangan penjuru dalam Liga Perdana Inggeris.

FULL THROTTLE: Right back Kyle Walker gets City motoring forward once more

“Ia sentiasa berbahaya, tapi sudah tentu saya berpuas hati dengan kemenangan dan prestasi pasukan.

“Namun para pemain menghantarkan isyarat kepada saya mengatakan di sebahagian posisi kami tidak cukup stabil.

“Ketika kedudukan 3-1, mereka telah melakukan banyak masalah untuk kami. Hantaran-hantaran silang mereka sentiasa berbahaya, dan kami menghadapi masalah dalam mengawal bola-bola panjang. Menjaringkan gol di minit-minit akhir pada separuh masa pertama menjadikan ia lebih bagus buat kami di babak kedua.

LETHAL WEAPON: Sergio Aguero is on hand to net City's second goal

“Southampton, saya rasa, dapat jaringkan lebih banyak gol. Tapi pada masa yang sama, kami juga boleh hasilkan lebih banyak gol.

“Kami bijak dalam ruang-ruang akhir. Ia tidak mudah. Southampton tidak meneyrah kalah. Saya kagum Mark Hughes dan para pemainnya. Mereka mencipta lebih banyak peluang berbanding mana-mana pasukan kami lawan musim ini.

Image result for pep guardiola mark hughes man city 6-1 southampton

“Pada separuh masa kedua kami lebih terkawal dan kami juga meraih lebih banyak peluang, meskipun pada masa itu permainan dikira sudah pun berakhir.

“Tapi sebelum itu, Southampton sentiasa memberi tentangan. Pujian buat mereka.”

Pep turut memberi pujian istimewa kepada penjaring dua gol dan pembantu dua jaringan gol Raheem Sterling, dan berjanji yang Leroy Sane boleh menjadi lebih bagus.

“Raheem seorang pemain terkemuka. Tapi dia masih amat muda. Dia luar biasa, tajam, laju, bijak, berdaya juang, bercita-cita besar, tegas, boleh bermain di kedua-dua sisi sayap, di bahagian tengah, menerima bola dari belakang garisan penalti.

STER CRAZY: Raheem Sterling drills home City's fourth goal on the stroke of half-time

“Mengapa dia bertambah bagus? Kepalanya. Pada musim pertama, bila bola tiba dalam petak penalti dan dia menjadi gerun, dia mencari siapa patut dia hantarkannya.

“Kami telah bercakap tentang perkara tersebut dan saya telah katakan kepadanya supaya jaringkan gol-gol, tidak kira jika kamu tida mengena sasaran.

“Saya rasa dia kini seronok menjaringkan gol-gol dan melakukan bantuan jaringan, dan menjadi penting.

“Dia seorang pemain bermentaliti juara. Dia amat penting. Dia stabil, fokus. Dia boleh menjadi pemain lebih bagus. Dia boleh mencapai apa sahaja dia mahu.

SIX OF THE BEST: Leroy Sane celebrates with Raheem Sterling after rounding off City's rout of Southampton

“Ia satu permainan luar biasa, dengan dan tanpa bola. Tapi dengan para pemain muda seperti Leroy, mereka masih boleh perbaiki lagi.

“Leroy masih kehilangan bola mudah. Ia merupakan bantuan jaringan hebat pada minit-minit pertama, tapi kemudian dia kerap kehilangan bola.

“Dia perlu perbaiki lagi, tapi kualitinya semasa satu lawan satu, pergerakannya, luar biasa.”

Laporan Perlawanan

City selesa di puncak EPL selepas benamkan Saints

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami perlu 'tajam' hadapi Southampton

Berita Pasukan Utama

Kevin De Bruyne cedera ligamen lutut

KDB: A night under the lights.

Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne mengalami kerosakan ligamen lutut kiri semasa kemenangan ke atas Fulham dalam perlawanan pusingan keempat Carabao Cup.