quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Kami perlu 'tajam' hadapi Southampton

PREVIEW: A word from the boss.

PREVIEW: A word from the boss.

Ilkay Gundogan dan Nicolas Otamendi diragui dapat beraksi menentang Southampton di Stadium Etihad hari Ahad ini.

Gundogan hampir kembali beraksi selepas mengalami masalah hamstring namun perlawanan menentang Saints terlalu awal buatnya, sementara Otamendi masih bergelut selepas terkena hantukan.

Kevin De Bruyne terpaksa direhatkan berikutan kecederaan ligament lutut semasa kemenangan ke atas Fulham pada hari Khamis dalam Carabao Cup.

Image result for kevin de bruyne injury

“Nasib tidak baik De Bruyne tercedera namun dia akan kembali dalam masa empat hingga enam minggu.

“Dia berasa sedih dan esok dia akan jadi bertambah kuat. Dia boleh habiskan masa bersama keluarganya, kemudian rehat antarabangsa, selepas itu dia akan kembali semula.”

Bos turut menjangkakan perlawanan sukar menentang Southampton dengan City memerlukan gol kemenangan di minit akhir perlawanan dalam kedua-dua perlawanan menentang Saints musim lalu, termasuk gol ‘Centurions’ oleh Gabriel Jesus di St Mary.

Related image

“Saya kagum dengan kualiti yang ada pada mereka di bahagian serangan dan terutama bahagian tengah.

“Mereka ada barisan para pemain berbakat. Mereka bermain amat ‘dalam’ dan sangat berfizikal.

Image result for southampton celebrate 2018/19

“Ia amat susah untuk mengalahkan mereka, amat rumit. Kami perlu ‘tajam’ dan melakukan pergerakan dengan baik dalam ruang yang sempit, dan hanya terlepas beberapa peluang dalam ‘set piece’ kerana mereka amat kuat di sana juga.

“Mereka ada masa seminggu untuk melakukan persiapan perlawanan ini, jadi ia pasti sukar. Kami perlu bersedia untuk meraih tiga mata.”

* Perlawanan menentang Southampton akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Ahad, 4 November jam 3 petang waktu UK bersamaan pukul 11 malam waktu Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Kevin De Bruyne cedera ligamen lutut

KDB: A night under the lights.

Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne mengalami kerosakan ligamen lutut kiri semasa kemenangan ke atas Fulham dalam perlawanan pusingan keempat Carabao Cup.

Berita Pasukan Utama

Guardiola sahkan De Bruyne diperiksa doktor

Laporan Perlawanan

Dua gol Diaz bawa City ke suku akhir Piala Liga