quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kami tahu apa perlu dilakukan lawan United

CRUNCH CLASH: Pep Guardiola gives his thoughts ahead of Sunday's Etihad derby

CRUNCH CLASH: Pep Guardiola gives his thoughts ahead of Sunday's Etihad derby

Pep Guardiola mengesahkan yang pasukannya tiada kecederaan baru menjelang perlawanan derbi menentang Manchester United Ahad ini.

Pemain tengah Kevin De Bruyne kekal direhatkan dengan kecederaan lutut, namun Ilkay Gundogan dan Nicolas Otamend yang telah kembali beraksi dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah Rabu lalu dalam pemilihan, menjadikan skuad Manchester City hampir cergas sepenuhnya.

“Kecuali Kevin, semua pemain cergas,” tegas Guardiola semasa sidang media hari Jumaat.

Kedua-dua pasukan turun selepas meraih kemenangan dalam kejuaraan Eropah peringkat kumpulan dengan City mengalahkan Shakhtar Donetsk 6-0 dan United menang 2-1 di Juventus.

Image result for man city 6-0 shakhtar

City berpeluang untuk menjarakkan kedudukan 12 mata dari Man United dengan kemenangan Ahad ini, namun Guardiola sedikit gusar dengan prestasi bagus ditunjukkan pasukan Jose Mourinho akhir-akhir ini.

“Tiada ragui tentang itu, mereka berupaya menang di Turin. Juventus satu pasukan amat kuat. Selain dari 10-15 minit selepas gol dari Crisitiano Ronaldo, mereka amat stabil.

Image result for juventus 1-2 man utd

“Mereka agresif tanpa bola, setiap pemain berlari ke hadapan, setiap pemain berlari ke belakang.

“Beberapa minggu lalu, mereka ke Stamford Bridge, salah satu tempat paling mencabar dan mereka seri 2-2 di minit-minit akhir. Mereka sentiasa rumit.”

Manchester City kini mendahului Liga Perdana Inggeris dengan 29 mata selepas 11 perlawanan dan mengumpul 33 gol berbanding kelab jiran, United di tangga ketujuh dengan 20 mata dan menghasilkan 19 gol.

* Perlawanan akan berlangsung pada hari Ahad, 11 November jam 4.30 petang UK bersamaan pukul 12.30 pagi Isnin waktu Malaysia. Siaran langsung akan ditayangkan si saluran Astro 916/834 HD.

Laporan Perlawanan

Hatrik Jesus lumatkan Shakhtar 6-0

FLAGGING: Gabriel Jesus ensures it's a long night for Shakhtar

Gabriel Jesus menjaringkan hatrik buat pertama kali untuk Manchester City untuk membawa pasukan selangkah lagi ke peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Berita Pasukan Utama

Mahrez Pemain Terbaik Etihad Oktober

Berita Pasukan Utama

Pep : Kini kami fikir Shakhtar kemudian Man United