quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola sahkan De Bruyne diperiksa doktor

PEP:  The boss looks on as we take on Fulham.

PEP: The boss looks on as we take on Fulham.

Pep Guardiola telah mengesahkan yang Kevin De Bruyne menjalani pemeriksaan lututnya selepas terpaksa meninggalkan perlawanan awal dalam kemenangan 2-0 ke atas Fulham.

Pemain tengah Belgium yang kembali beraksi selepas direhatkan selama dua bulan akibat kecederaan ligamen lutut kanan melangkah keluar padang yang membimbangkan bos dan para peminat.

“Dia sedang diepriksa, saya tidak tahu keadaan sebenarnya sekarang.”

Image result for man city 2-0 fulham aro muric

De Bruyne seperti biasa mempamerkan permainan meyakinkan dengan dapat membaca pergerakan dan menghasilkan beberapa aksi pertahanan untuk mengekalkan kemantapan permainan pasukan.

“Saya rasa hari ini, Kevin telah kembali semula. Kevin yang kami kenal. Dia telah berusaha keras semasa menentang Shakhtar, dan telah bermain beberapa minit dalam kondisi sukar melawan Spurs.

Image result for man city 2-0 fulham aro muric

“Hari ini dia terlibat dari segi serangan dan pertahanan, diharap apa yang telah berlaku dalam beberapa minit akhir perlawananh tidak serius.”

Pada malam tersebut, Brahim Diaz telah menghasilkan dua gol pertama peringkat seniornya untuk membawa City ke suku akhir Carabao Cup, dengan bertemu sama ada Leicester atau Southampton.

Image result for man city 2-0 fulham aro muric

Guardiola melakukan 10 pertukaran ke atas pasukan yang telah mengalahkan Spurs di Wembley, namun mengisytiharkan dirinya gembira dengan intensiti dan kualiti yang ditunjukkan di Stadium Etihad.

“Setiap pemain bagus, Brahim menghasilkan dua gol, Aro (Muric) -meskipun kami tidak terlepas begitu banyak peluang, telah memberi kami rasa selamat.

Image result for man city 2-0 fulham aro muric

“Phil (Foden), setiap kali dia bermain pada tahap bagus. Saya tidak dapat mengkritik mana-mana pemain, kami telah mempersembahkan permainan cemerlang sekali lagi – tanpa bola kami agresif, kami bermain sebagaimana kejuaraan lain dan setiap perlawanan sama.

“Dengan bola kami bijak dan kami telah mencipta cukup peluang untuk menjaringkan lebih banyak gol. Saya amat berpuas hati dengan kejayaan ini.”

GUARDIOLA: The boss celebrates City's opening goal.

Guardiola turut mengulas betapa sukar untuknya untuk tidak menyertakan para pemain dalam skuad apabila terdapat begitu banyak kualiti.

“Anda sukar bayangkan, tiada perkataan untuk menjelaskan betapa susahnya ia.

“Mungkin dari satu sudut tugasan saya amat mudah, ia satu keseronokan berlatih dengan para pemain ini, tapi pada masa yang sama ia sangat payah.”

Laporan Perlawanan

Dua gol Diaz bawa City ke suku akhir Piala Liga

Berita Pasukan Utama

Guardiola puji kekuatan mental Mahrez

PROUD: Pep Guardiola praised Riyad Mahrez for his reaction, following a difficult 48 hours...

Pep Guardiola melahirkan rasa bangganya berikutan permainan cemerlang Riyad Mahrez yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan dalam kemenangan ke atas Tottenham

Laporan Perlawanan

Gol tunggal Mahrez tewaskan Spurs di Wembley