quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep : Kini kami fikir Shakhtar kemudian Man United

Pep Guardiola sidang media vs Shakhtar Donetsk

Pep Guardiola sidang media vs Shakhtar Donetsk

Pep Guardiola berkata yang beliau hampir mempunyai skuad yang cergas sepenuhnya dalam Manchester City bersiap menghadapi Shakhtar Donetsk dalam Liga Juara-Juara Eropah Rabu ini.

Ilkay Gundogan dan Nicolas Otamendi, kedua-duanya cergas dan dalam pemilihan skuad untuk bermain meninggalkan hanya Kevin De Bruyne, Claudio Bravo dan Eliaquim Mangala yang masih cedera.

Gundogan telah tidak bermain selama lima minggu berikutan kecederaan hamstring, manakala Otamendi telah tidak beraksi semenjak kemenangan 3-0 ke atas Shakhtar Donetsk di Ukraine dua minggu lalu selepas terkena hantukan.

Image result for ilkay gundogan training

“Mereka bersedia, kecuali Kevin dan Manga, mereka semua bersedia.”

Selepas kekalahan dalam perlawanan pertama Kumpulan F di tempat sendiri kepada Lyon, City kembali bangkit dengan dua kemenangan di tempat lawan – menentang Hoffenheim dan Shakhtar – untuk mengungguli tempat teratas kumpulan mendahului satu mata Lyon.

Kemenangan malam esok dan kekalahan Hoffenheim kepada Lyon akan menyaksikan City mara ke peringkat 16 akhir kejuaraan kali ini.

Ia perlawanan penting namun dengan perlawanan derbi melawan Manchester United di Stadium Etihad pada hari Ahad, adakah Guardiola berkeinginan untuk menggilirkan skuadnya?

Image result for shakhtar donetsk 0-3 man city 23 October 2018

“Setiap perlawanan adalah penting, anda perlu menilainya.

“Shakhtar adalah perlawanan paling penting kerana ia yang pertama minggu ini. Selepas keciciran mata menentang Lyon, setiap perlawanan adalah final buat kami.

“Kami berpeluang melangkah ke pusingan seterusnya, kemudian kami akan ada tiga empat hari untuk memikirkan tentang United.”

Sementara itu, Guardiola turut memberi pujian ke atas David Silva selepas mempersembahkan permainan mantap dalam kemenangan 6-1 ke atas Southampton Ahad lalu.

SILVA BULLET: Our Spanish maestro David Silva smashes home our third goal

Pemain tengah Sepanyol itu sekali lagi menikmati musim cemerlang bersama Citizens dan kekal menjadi 'kunci' dalam permainan menyerang City, meskipun kini telah berusia 32 tahun.

Guardiola berkata pergerakannya dan kebijakannya bermakna yang beliau masih mempunyai banyak kualiti, dan menyifatkan Silva sebagai antara pemain paling berbakat dari segi teknikal dalam dunia bola sepak.

“Dia merupakan salah seorang pemain paling luar biasa ketika bermain dalam ‘poket’, ruang antara para pemain.

“Dia telah bermain dalam Liga Perdana Inggeris begitu lama membuktikan segalanya. Saya suka bekerja di sampingnya setiap hari.

“Dia bertahan begitu lama kerana beliau bermain bola sepak lebih bagus berbanding para pemain lain. Seorang pemain bola boleh bertahan bila dia bergerak dalam cara lebih bijak.

“Dia lebih bagus, lebih bijak berbanding para pemain lain, dan para pemain bijak boleh bertahan lama.

*Perlawanan menentang Shakhtar Donetsk akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Rabu 7 November jam 8 malam UK bersamaan pukul 4 pagi waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Pep: Ia satu keseronokan mengurus pasukan ini

Laporan Perlawanan

City selesa di puncak EPL selepas benamkan Saints

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami perlu 'tajam' hadapi Southampton