quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Legenda kelab Yaya Toure tinggalkan City

Yaya Toure 2010-2018

Yaya Toure 2010-2018

Legenda Manchester City, Yaya Toure akan meninggalkan kelab akhir musim ini selepas berkhidmat selama lapan tahun.

Pep Guardiola mendedahkan pemain tengah Ivory Coast itu akan menamatkan khidmatnya selepas membantu kelab merangkul beberapa kejuaraan dalam kebangkitan semula Biru Manchester.

“Yaya tidak akan kekal di sini musim hadapan,” ujar Pep.

Image result for yaya toure guardiola

“Semasa perlawanan menentang Brighton, kami akan fokus menang dan Yaya.

“Kami akan cuba dan menangkan perlawanan untuknya. Kami tidak boleh lupa kami ada segala fasiliti hebat, tapi kami tak boleh lupa kami di sini kerana para pemain yang ada.

Related image

“Dia telah memilih datang ke sini, dan kami tak lupakan itu atau apa yang telah beliau capai untuk kelab ini. “Buat Roberto Mancini dan Manuel Pellegrini, Yaya merupakan ‘kunci’, pemain tonggak.”

Image result for yaya toure pellegrini

Yaya telah tampil sebanyak 315 kali buat Citizens sejak menyertai kelab dari Barcelona pada Julai 2010 dengan menjaringkan 82 gol. Dia telah menghasilkan banyak gol penting termasuk gol kemenangan dalam semifinal Piala FA menentang Man United dan gol kemenangan ke atas Stoke City di final, mambawa berakhirnya penantian piala City selama 35 tahun pada 2011.

Image result for yaya toure wave fans

Dia juga menjadi pemain penting dalam kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada tahun 2012 dan 2014 dengan menjaringkan dua gol di perlawanan sebelum penutup musim menentang Newcastle musim 2011/12 untuk membawa kemenangan 2-0 dan kemudian menghasilkan 24 gol musim 2013/14.

Yaya turut menjaringkan gol hebat dalam perlawanan akhir Piala Capital One menentang Sunderland 2014, dan menyempurnakan sepakan penalti dalam penentuan penalti untuk merangkul Piala Capital 2016.

Image result for yaya toure capital one cup 2014

Legasi Yaya telah tersemat di buku sejarah kelab dan akan terus diingat sebagai salah seorang pemain terhebat pernah menyarung jersi Manchester City.

Image result for yaya toure fan

Ikuti banyak lagi paparan eksklusif Yaya Toure sebelum perlawanan terakhir di laman sendiri musim ini menentang Brighton pada 9 Mei ini.

Ayuh persiapkan diri anda untuk memberi ucapan penghargaan terakhir buat legenda kita, Yaya Toure.

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami ingin sudahi musim ini dengan terbaik

Berita Pasukan Utama

City terima tiga pencalonan anugerah EPL April

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kita ingin saksikan penutup sempurna