quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

100,000 hadir raikan perarakan sang juara

CHAMPIONS! Blues are here...

CHAMPIONS! Blues are here...

Manchester City menyambut lautan biru di kota Manchester dalam pasukan meraikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan Carabao Cup melalui perarakan penuh meriah.

Para juara disambut oleh hampir 100,000 penyokong City yang membanjiri pusat bandar Manchester yang sabar menanti berjam-jam ketibaan Pep Guardiola dan pasukannya.

Tiga bas berarak sepanjang Deansgate dengan bendera biru berkibaran serta asap biru memenuhi ruang udara Manchester sebagai menghargai sokongan para peminat.

EPIC: The streets of Manchester lined with Blue...

Bas tanpa bumbung hadapan dinaiki oleh para pemain, bas kedua oleh para jurulatih dan bas ketiga dipenuhi para penyokong terpilih dalam detik yang pasti suakr dilupakan.

Di bawah langit biru dan mentari di Musim Bunga Manchester, para pemain berarak menuju ke pentas di Deansgate untuk dperkenalkan oleh juruacara Sky Sports, Mike Wedderburn yang juga peminat Manchester City.

Pep Guardiola dan para pegawainya yang pertama naik ke pentas dan melahirkan ‘rasa disayangi’ dan berjanji pasukannya akan kembali musim depan dengan lebih bertenaga , “Saya tidak tahu, tapi kami akan berada di sini,” ujarnya.

Berikut adalah sebahagian dari ucapan para pemain ketika diperkenalkan di atas pentas…

VINCENT KOMPANY: “Ia hebat. Kita di sini lagi! Para peminat hadir begitu ramai dan pasukan ini di belakang saya amat luar biasa. Kami berupaya menjuarainya dengan baki empat minggu. Pasukan ini mudah dipimpini – para pemain ‘lapar’ untuk memenangi piala-piala dan berlatih keras. Mulai sekarang, saya perlu menjadi ayah yang cerewet tapi keseluruhannya, ia mudah!

“Semasa pramusim nanti, kami akan kembali, berkerja keras dan cuba jadikan pasukan ini lebih bagus. Itu yang akan berlaku mulai Julai nanti.”

SKIPPER: Double delight with the Carabao Cup and PL trophy.

DAVID SILVA: “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada para pemain, peminat, pegawai dan pengurus. Ia tahun yang sukar buat saya. Saya ingin mengucapkan terima kasih buat Yaya Toure. Saya telah beritahu kamu sebelum ini, ia satu pernghormatan dapat bermain di samping kamu. Saya boleh katakana kepada anak saya, saya telah bermain dengan Pemain Bola Terbaik Afrika. Saya ucapkan yang terbaik.”

“Setiap orang, nikmati mala mini, anda semua berhak. Untuk rakan-rakan sepasukan, saya ingin ucapkan selamta berjaya di Piala Dunia. Jumpa anda semua di sana!

BERNARDO SILVA: “Ia amat bermakna buat saya. Secara peribadi, ia merupakan musim pertama saya d sini. Ia mengujakan menjadi sebahagian dari pasukan hebat ini. Terima kasih semua. Menjulang piala kejuaraan adalah detik istimewa saya, meskipun ketika itu saya memakai baju tidur semasa kami menjuarainya!”

FOCUS: Bernardo under the spotlight.

AYMERIC LAPORTE: “Saya amat gembira bersama dengan para peminat. Saya tiba di pertengahan musim dan sebahagian tugasan telah dilaksanakan tapi saya dapayt menyumbang dan menikmatinya hingga ke akhir musim.

DANILO: “Sebab saya menandatangani City adalah untuk memenangi piala-piala. Say amat berbanggakerana musim ini kami dapat lakukannya. Kami memenangi hampir setiap perlawanan dan saya amat gembira menjadi sebahagian dari pasukan ini. Come On City!”

NICOLAS OTAMENDI: “Saya amat gembira dapat memberi sumbangan pada pasukan. Say akan sentiasa ingat gol saya di Old Trafford. Ia amat istimewa. Saya akan sentiasa ingin musim ini. Manchester is Blue!”

SHARK TEAM: Spot the Shark trying to get in on the shot!

JOHN STONES: “Ia mimpi jadi kenyataan. Saya hanya ingin katakana, CITY! CITY! CITY!. Sebelum ini saya hanya bayangkan kini ia menjadi realiti… ia menakjubkan. Terima kasih semua kerana datang.”

YAYA TOURE: “Ia sesuatu menyenangkan dengan dihargai majlis perpisahan. Untuk para peminat, saya tidak ada apa yang dapat diucapkan. Mereka begitu hebat sepanjang tempoh begitu lama. Ia pertama kali saya berada di sesebuah kelab begitu lama. Saya akan merindui mereka dan rakan-rakan sepasukan serta kelab ini. Terima kasih atas apa yang anda semua telah lakukan pada keluarga dan saya. Mungkin saya kembali semula!”

FERNANDINHO: “Tanpa syak lagi, ini merupakan musim terbaik saya, Cara kami bermain sepanjang musim, jumlah kami menjaringkan gol-gol. Bagi saya, ia merupakan tahun yang hebat. Saya amat bangga dengan rakan-rakan sepasukan. Mereka telah banyak membantu saya, menjaringkan gol-gol. Saya ada tugasan mudah!”

PHIL FODEN: “Ia tahun yang hebat buat saya, mimpi jadi nyata. Saya ingin ucapkan terima kasih buat semua peminat dan pegawai ats sokongan mereka tahun ini.”

FODEN: Youngest ever Premier League champion.

BRAHIM DIAZ: “Ia tahun yang hebat buat kita semua dengan merangkul dua kejuaraan. Terima kasih buat para pegawai dan para peminat yang luar biasa. Anda berhak segalanya. COME ON CITY!

OLEKSANDR ZINCHENKO: “Bila pengurus percayakan anda, anda merasa lebih berkeyakinan di padang perlawanan.”

Berita Pasukan Utama

Perarakan Man City: Live Stream Cityzens!

Berita Pasukan Utama

City cecah 100 mata EPL, pecah 12 rekod baru

Berita Pasukan Utama

Guardiola puji pencapaian ‘unik’ pasukan