quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep menang dua anugerah Pengurus Terbaik Tahunan

Bos Manchester City, Pep Guardiola telah diundi memenangi anugerah Pengurus Terbaik Sir Alex Ferguson LMA 2018 dan Pengurus Terbaik Liga Perdana Inggeris 2017/18 ditaja oleh Barclays.

Beliau menjadi pengurus City pertama memenangi kedua-dua anugerah tersebut yang mana anugerah LMA (League Managers Association Manager) 'Persatuan Para Pengurus Liga’ dari undian oleh rakan-rakan sejawatan para pengurus yang diikitiraf sebagai anugerah paling berprestij dalam bola sepak Inggeris.

Undian LMA untuk Pengurus Terbaik mengambil kesemua aspek pengurusan dan jarang diberikan kepada bos pasukan yang menjuarai Liga Perdana Inggeris dengan para pemenang sebelumnya diraih oleh Alan Pardew dan Tony Pulis.

Image result for pep guardiola premier league trophy

Pep merupakan pengurus keenam memenangi anugerah tersebut dari liga utama Inggeris.

Sementara itu, anugerah Pengurus Terbaik Liga Perdana Inggeris musim ini pula diundi oleh barisan panel berpengalaman termasuk para penaja, wartawan dan bekas pemain dan pengurus.

Penyampaian anugerah-anugerah tersebut telah dilakukan di Grosvenor Hotel, Park Lane, London pada hari Selasa, 15 Mei.

Image result for pep guardiola premier league trophy

Pep telah membawa pasukan Manchester City melalui musim cemerlang dengan deretan rekod baru Liga Perdana Inggeris di musim keduanya di England.

Sejak beberapa tahun ini, Antonio Conte, Claudio Ranieri dan Jose Mourinho telah memenangi anugerah sama, sementara tiada pengurus lain memenangi lebih dari Sir Alex Ferguson yang memenanginya sebanyak 11 kali.

Image result for pep guardiola premier league trophy

Roberto Mancini dan Manuel Pellegrini gagal memenangi kedua-dua anugerah meskipun mereka berjaya membawa pasukan menjuarai Liga Perdana pada tahun 2012 dan 2014.

City kini menjadi pasukan pertama mencecah 100 mata dalam Liga Perdana Inggeris begitu juga melakar pelbagai rekod baru sepanjang kempen musim ini.

Pep merupakan pengurus Catalan pertama menerima anugerah tersebut dan juga pengurus luar England keempat dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Liga Perdana Inggeris. 

Tahniah bos!

Berita Pasukan Utama

Fernandinho menang Gol Terbaik Nissan musim ini

Berita Pasukan Utama

De Bruyne, Pemain Terbaik Etihad musim ini

Berita Pasukan Utama

100,000 hadir raikan perarakan sang juara