quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep Guardiola tandatangani lanjutan kontrak

2021: Guardiola has committed himself to City until the summer of 2021

2021: Guardiola has committed himself to City until the summer of 2021

Manchester City sukacita mengumumkan Pep Guardiola telah menandatangani lanjutan kontrak yang akan menyaksikannya kekal sebagai pengurus sehingga akhir musim 2020/21.

Guardiola, 47, yang telah menyertai kelab pada musim panas 2016 telah membawa musim terbaik dalam sejarah kelab, dengan menjuarai Liga Perdana Inggeris dengan memecah pelbagai rekod baru, tambahan kepada Piala Liga yang dirangkul pada bulan Mac selepas menang 3-0 ke atas Arsenal di Wembley.

City menjadi pasukan pertama bola sepak Inggeris mencapai 100 mata dalam liga utama England, dan turut mengumpul gol terbanyak (106) dan kemenangan terbanyak (32) dalam sejarah Liga Perdana, untuk memastikan tempat kelab sebagai pasukan terbaik terjamin buat tempoh lama.

Image result for pep guardiola premier league trophy

Kontrak baru Pep akan membawa komitmen terlama dilakukannya terhadap mana-mana kelab bola sepak sejak menjadi pengurus bola mulai tahun 2008.

“Saya amat gembira dan teruja. Ia satu kenikmatan dapat bekerja di sini,” ujar Guardiola.

“Saya seronok bekerja dengan para pemain kami setiap hari dan kami akan cuba yang terbaik bersama-sama untuk tahun-tahun mendatang. Sebagai seorang pengurus, anda perlu merasa senang hati bersama para pemain – dan saya rasa cukup bahagia.

Image result for pep guardiola premier league trophy

“Saya akan tumpukan pada keinginan para pemain saya untuk menjadi pasukan lebih baik dan setiap hari itulah yang saya cuba lakukan – untuk memperbaikinya d padang perlawanan dan memperbaiki lagi permainan para pemain kami. Kita ada satu skuad yang muda dengan purata umur 23 tahun dan kami mahu untuk terus melangkah ke hadapan dan mengekalkan tahap yang telah kita capai musim ini.”

Pengerusi Manchester City FC, Khaldoon Al Mubarak berkata: “Kami gembira mengumumkan perlanjutan kontrak Pep sehingga tahun 2021. Dalam tempoh dua musim ini beliau bersama kita, dia telah menyemat semangat luar biasa di kalangan ahli skuad dan sumbangan jelas terhadap perkembangan kelab di atas dan luar padang. Dalam melakukannya, dia telah menyemai semangat juang dan komitmen yang kita semua ada untuk kelab.

Related image

“Saya amat tidak sabar untuk terus terkesan dengan usaha kerjanya dan untuk memenuhi cita-cita yang dikongsi bersama dalam beberapa tahun akan datang.”

Sementara Pengarah kelab, Ferran Soriano menambah: “Perlanjutan kontrakbaru Pep merupakan berita baik untuk Manchester City. Kami semua merasa bertuah dapat menyaksikan bagaimana kita telah bermain bola sepak indah, merangkul kejuaraan, memecah rekod-rekod baru dan mencapai 100 mata Liga Perdana Inggeris. Pep telah menunjukkan gaya permainan ini boleh berjaya dalam Liga Perdana dengan cara belum pernah dilakukan sebelum ini.

Image result for guardiola and ferran soriano

Guardiola – karier pengurusan dengan kejayaan

Guardiola menghabiskan empat musim di Barcelona dimana beliau meraih 14 piala utama termasuk tiga piala sekaligus di musim pertamanya sebagai pengurus.

Selepas cuti sabatikal setahun di New York, beliau kemudian mengambil alih jawatan pengurus di Bayern Munich pada tahun 2013, dimana beliau menambah 7 lagi piala dalam CV sementara merevolusi gaya permainan Bavaria, Jerman.

Selepas musim pertama yang sukar di City, pada musim keduanya 2017/18 ia merupakan yang terbaik dalam sejarah kelab apabila pasukan bimbingan Guardiola meletak piawai baru liga utama England dan melakar deretan rekod baru Liga Perdana Inggeris.

Image result for pep guardiola barcelona

Barcelona (2008-12)

La Liga (3), Copa del Rey (2), Piala Super Sepanyol (3), Liga Juara-Juara Eropah (2), Piala Super (2), Piala Kelab FIFA Dunia (2)

Bayern Munich (2013-16)

Bundesliga (3), DFB-Pokal (2), Piaal Super UEFA (1), Piala Kelab FIFA Dunia (1)

Image result for pep guardiola bayern munich

Manchester City (2016-kini)

Liga Perdana Inggeris (1), Piala Liga (1)

Musim City memecah rekod 2017/18

Guardiola telah dinamakan sebagai Pengurus Terbaik Tahunan LMA (League Managers Association) dan juga Pengurus Terbaik Liga Perdana Inggeris Musim Ini, atas pengiktirafan kempen mengagumkan pernah disaksikannya.

Image result for pep guardiola LMA award

City telah memecah siri rekod baru Liga Perdana dibawah kendalian Pep termasuk:

Kemenangan berturutan terbanyak – 18

Hantaran terbanyak dalam satu perlawanan – 902 ketika lawan Chelsea, Mac

Gol terbanyak dalam satu musim – 106

Kemenangan terbanyak dalam satu musim – 32

Mata terbanyak dalam satu musim – 100

Kemenangan tempat lawan terbanyak dalam satu musim -16

Perbezaan gol tertinggi - +79

Jurang kejuaraan terbesar – 19 mata

 

Guardiola we've got! Guardiola we've got!

Berita Pasukan Utama

Salam Ramadhan buat semua!

Happy Ramadhan 1439H

Manchester City mengucapkan Selamat berpuasa dan menyambut bulan mulia, Ramadhan Al Mubarak buat semua kaum Muslim.

Berita Pasukan Utama

Pep menang dua anugerah Pengurus Terbaik Tahunan

Berita Pasukan Utama

Fernandinho menang Gol Terbaik Nissan musim ini