quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola puji pencapaian ‘unik’ pasukan

100 UP! Pep Guardiola and team celebrate

100 UP! Pep Guardiola and team celebrate

Pengurus Manchester Pep Guardiola memuji pencapaian ‘luar biasa’ pasukannya mencecah mata satu abad (100) Liga Perdana Inggeris.

Gabriel Jesus menjaringkan gol kemenangan di minit terakhir masa tambahan hasil bantuan Kevin De Bruyne, untuk City mengumpul 100 mata dalam perlawanan penutup musim.

Dalam kempen yang begitu cemerlang ia amat bersesuaian menjelang perarakan meraikan kejuaraan Liga Perdana pada hari hari Isnin di kota Manchester.

“Apa boleh saya kata? 100 mata – 50 mata di tempat sendiri dan 50 mata di laman lawan. Ia pencapaian besar.

Image result for southampton 0-1 man city

“100 mata dalam Liga Perdana Inggeris – sukar anda bayangkan.

“Rekod akan dipecahkan tapi ia akan sukar. Mereka (pasukan-pasukan lain) perlu lakukan banyak perkara.

“Kami diberi cabaran untuk pecahkan rekod-rekod. Kami ada sasaran.

“Kami bertuah pada sebahagian ketika. Pada detik terakhir, kualiti dari Kevin De Bruyne dan saat tepat dari Gabriel Jesus begitu hebat.

“Kami telah capai sesuatu yang unik. Kami hampir pecah semua rekod! Bila kami mula, ia tentang cuba bermain dengan bagus dan perbaiki permainan setiap hari. Kami menemui semasa proses kami memenangi perlawanan-perlawanan. Ia hebat.”

Image result for southampton 0-1 man city

De Bruyne mengatasi rakan sepasukan, Leroy Sane untuk memenangi anugerah kategori baru ‘ Playmaker of the Year, Cadbury dengan 16 bantuan gol.

Bos menamba: “Tidak bernasib baik, De Bruyne tidak memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan. Mo Salah hebat tapi Kevin juga berhak.

“Dia dalam pasukan, dia menjuarai liga, membuat permainan bagus. Dia merupakan kunci pemain buat kami musim ini.”

Prospek menggerukan buat para pencabar City ialah pasukan muda ini akan pasti bertambah bagus, satu isyarat dihantar dengan pengenalan dua pemain muda lewat perlawanan, Brahim Diaz dan Phil Foden.

Kedua-dua mereka menerima pingat kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan Foden merupakan pemain termuda menerimanya, satu rekod baru liga.

“Kini mereka adalah para juara.

“Dalam bola sepak Inggeris peraturan mereka tidak boleh bergelar juara jika tidak bermain cukup lima perlawanan tapi pencapaian ini adalah untuk pasukan.

“Mereka berhak untuk menjadi juara, mereka berhak menerima pingat kejuaraan.

“Kami akan meraikan bersama para peminat kami dalam perarakan hari Isnin dan selepas itu bercuti dan saya akan tonton Piala Dunia di rumah.”

Laporan Perlawanan

City sudahi EPL musim 2017/18 dengan 100 mata

Berita Pasukan Utama

Ederson setuju kekal di City hingga 2025

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami akan cuba menang di Southampton