quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Kami akan cuba menang di Southampton

PEP TALK: The boss is a big fan of Bernardo Silva.

PEP TALK: The boss is a big fan of Bernardo Silva.

Pep Guardiola telah memuji kesan Bernardo Silva dalam kejuaraan musim ini menjelang kunjungan ke Southampton dalam perlawanan penutup musim, Ahad ini.

Pemain tengah asal Portugal itu telah menyertai kelab musim panas lalu selepas mencatat musim cemerlang bersama Monaco, dan sebaik sahaja melalui beberapa bulan pertama yang sukar, beliau kemudian muncul menjadi salah satu bintang Citizens.

Image result for pep guardiola bernardo silva

Guardiola percaya yang Bernardo amat sesuai dengan cara City bermain.

“Bila anda tandatangani seseorang pemain, kami tidak pernah tahu sejauh mana ia akan berjaya tapi saya rasa telah membuat keputusan tepat,” ujar Guardiola.

Related image

“Selagi mana saya menjadi jurulatih di Manchester City, dia takkan ke mana-mana. Mungkin dia tak bermain sekerap mana yang kami mahukan musim ini, tapi dia menjadi sebahagian dari pasukan hebat ini dan kjejayaan kelab.

“Sebagai individu apa boleh saya kata. Saya sentiasa suka bekerja dengan orang dan dia salah seorang darinya. Dia mempunyai hubungan baik dengan rakan-rakan sepasukannya, para pegawai jurulatih, setiap orang. Ia sukar untuk mencari seseorang yang lebih baik dari Bernardo dari segi tersebut.

Image result for bernardo silva premier league trophy

“Saya amat gembira untuknya di musim pertamanya dan diharap dia akan bertambah bagus musim hadapan. Kami mengucapkan yang terbaik buatnya bersama Portugal di Piala Dunia.”

City akan berkunjung ke Southampton pada hari Ahad dalam perlawanan terakhir musim ini dengan mengetahui kemenangan akan menjadikan City kelab pertama meraih 100 mata dalam kempen Liga Perdana Inggeris.

Ia turut membawa rekod baru, 16 kemenangan di tempat lawan dan memastikan rekod baru, sekurang-kurangnya jurang 19 mata dengan pencabar terdekat Manchester United.

Image result for pep guardiola 2018

Guardiola berkata peluang untuk melakar rekod-rekod baru telah memastikan para pemainnya kekal fokus semenjak merangkul kejuaraan empat minggu lalu and menjulang piala Ahad lalu.

“Kami telah lakukannya sepanjang musim ini. Kami akan cuba memenanginya.

“Beberapa minggu terakhir ini, nombor-nombor ini telah membantu kami fokus dan kami akan lakukan sama pada hari Ahad ini.”

* Perlawanan menentang Southampton akan berlangsung di St Mary’s Stadium pada hari Ahad, 13 Mei jam 3 petang UK bersamaan pukul 10 malam waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 811/833 HD.

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami akan dedikasikan perlawanan untuk Yaya

Galeri Foto

Galeri wira-wira kampung halaman

Galeri Foto

Hari piala EPL dijulang