quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Rekod City dibandingkan kelab-kelab terbaik Eropah

City and European Champions 2017 18

City and European Champions 2017 18

Ia merupakan musim luar biasa buat juara Liga Perdana Inggeris 2017/18, Manchester City, namun bagaimana jika dibandingkan juara liga-liga utama Eropah lain?

Pasukan Pep Guardiola memecah deretan rekod baru liga dalam kejuaraan ketiga dalam masa tujuh tahun dan kelima buat kelab.

City menghasilkan gol terbanyak, kemenangan terbanyak dan mengumpul jumlah mata tertinggi dalam sejarah kejohanan. Selain itu, perbezaan gol tertinggi, jumlah mata di tempat lawan tertinggi dan jurang kejuaraan terbesar.

Related image

Kualiti ‘bola sepak indah’ City di bawah bimbingan Pep Guardiola begitu mengagumkan!

Tapi bagaimana pula pencapaian Citizens hika dibandingkan dengan para juara lain dalam lima liga utama Eropah di musim 2017/18?

Jumlah 100 mata (Centurion) adalah paling tertinggi berbanding mana-mana juara liga utama Eropah lain. Juventus selaku juara Serie A Itali meraih 95 mata diikuti PSG (Ligue 1) dan Barcelona, 93 mata.

Related image

Kemenangan terbanyak, 32 juga mengatasi Juventus (30). Secara purata, City meraih 84% kemenangan dari 38 perlawanan. Bayern Munich, yang bermain kurang 4 perlawanan di Bundesliga, menang 27 dari 34 perlawanan keseluruhan dengan 79% kemenangan.

Sementara Barcelona menjadi pasukan sukar dikalahkan dengan hanya satu ketika kalah di Levante 5-4 dalam perlawanan kedua sebelum penutup musim, menafikan rekod ‘tanpa kalah’ sepanjang musim. City pula hanya tewas dua perlawanan menjadi pasukan kedua terbaik.

PSG mengumpul 108 gol sebagai juara Ligue 1 Perancis, menjadikan mereka jaringan gol terbanyak, diikuti City 106 dan Barcelona 99.

Image result for manchester city premier league champions 2018

Perbezaan gol +79 City menyamai rekod PSG, sementara Barcelona +70.

Dari segi jurang kejuaraan, Bayern Munich mencatat rekod terbaik dengan jarak 21 mata meninggalkan naib juara, Schalke. Memandangkan Bayern bermain hanya 34 perlawanan, ia satu penguasaan hebat.

Sementara jarak 19 mata City berbanding Manchester United membawa kita ditempat kedua. Manakala Serie A lebih berdaya saing musim ini dengan Juventus merangkul kejuaraan hanya kelebihan empat mata mengatasi Napoli.

Namun begitu, rekod kita keseluruhan jika dibandingkan dengan para juara liga utama Eropah lain amat mengagumkan dengan prestasi yang konsisten sepanjang musim dan selayaknya mendapat pujian.

Related image

Liga Perdana Inggeris: Man City

Perlawanan: 38

Menang: 32

Seri: 4

Kalah: 2

Mata: 100

Jaringan gol: 106

Gol bolos: 27

Perbezaan gol: +79

Jurang mata kejuaraan: 19

 

Image result for barcelona la liga campeones 2018

La Liga Sepanyol: Barcelona

Perlawanan: 38

Menang: 28

Seri: 9

Kalah: 1

Mata: 93

Jaringan gol: 99

Gol bolos: 29

Perbezaan gol: +70

Jurang mata kejuaraan: 14

 

Image result for bayern munich bundesliga 2017/18

Bundesliga Jerman: Bayern Munich

Perlawanan: 34

Menang: 27

Seri: 3

Kalah: 4

Mata: 84

Jaringan gol: 92

Gol bolos: 28

Perbezaan gol: +64

Jurang mata kejuaraan: 21

Image result for PSG Ligue 1 champions 2018

Ligue 1 Perancis: PSG

Perlawanan: 38

Menang: 29

Seri: 6

Kalah: 3

Mata: 93

Jaringan gol: 108

Gol bolos: 29

Perbezaan gol: +79

Jurang mata kejuaraan: 13

 

Image result for juventus serie a champions 2017 18

Serie A Itali: Juventus

Perlawanan: 38

Menang: 30

Seri: 5

Kalah: 3

Mata: 95

Jaringan gol: 86

Gol bolos: 24

Perbezaan gol: +62

Jurang mata kejuaraan: 4

 

 

 

Apa Kata Media

City pecah rekod baru Piala Dunia

Berita Pasukan Utama

Siapa pemain City ke Piala Dunia 2018?

​NIGHT UNDER THE LIGHTS: Bernardo celebrates with Sane after slotting home to make it 2-1.

Musim 2017/18 merupakan musim cemerlang buat Manchester City selaku juara Liga Perdana Inggeris dengan deretan rekod baru, tapi fokus kini beralih ke Piala Dunia di Russia.

Berita Pasukan Utama

Pep Guardiola tandatangani lanjutan kontrak