quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

City cecah 100 mata EPL, pecah 12 rekod baru

Record Breaker Man City

Record Breaker Man City

Kemenangan dramatik Gabriel Jesus di Southampton membawa City ke satu abad dengan pencapaian 100 mata, berikut senarai rekod yang dicapai pasukan musim ini.

1 Paling banyak mata

City menjadi pasukan pertama mencecah angka 100 mata keseluruhan dalam satu musim Liga Perdana Inggeris.

2 Paling banyak gol

City mengumpul 106 gol dari 38 perlawanan Liga Perdana Inggeris, memecah rekod dipegang Chelsea (103) yang dicatat pada musim 2009/10.

3 Paling banyak menang

City meraih 32 kemenangan Liga Perdana Inggeris, 4 seri dan 2 kalah melebihi 2 kemenangan dicatat oleh Chelsea musim 2016/17.

4 Jurang kejuaraan terbesar

City menamatkan musim ini dengan jarak 19 mara dari tempat kedua, Manchester United, memecah rekod dipegang kelab jurang tersebut (18) pada musim 1999/2000.

5 Rekod baru kelab

City memecah rekod kelabl dengan 31 kemenangan dalam satu musim, dimana telah dicatat dibawah kendalian Kevan Keegan pada musim 2001-02 dalam 46 perlawanan di liga kedua Inggeris.

6 Juara termuda

Phil Foden menjadi pemain termuda pernah menerima pingat kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada usia 17 tahun 358 hari.

7Kemenangan berturutan terbanyak

City mencatat 18 kemenangan berturut-turut dari awal musim sebelum dileburkan di Crystal Palace sebelum tahun baru.

8 Kemenangan tempat lawan terbanyak

City mencatat 16 kemenangan di tempat lawan dengan 50 mata keseluruhan selepas kemenangan di Southampton, memecah rekod lama oleh Chelsea, 48 mata (15 kemenangan) pada musim 2004/05.

9 Paling banyak lawan dikalahkan

City merupakan pasukan ketiga dalam sejarah Liga Perdana berjaya mengalahkan semua pasukan lawan dalam satu musim, bersama-sama United (2010/11) dan Chelsea (2005/06).

10 Peratusan posesi bola tertinggi

City mencatat 82.1 peratus posesi bola ketika menentang Everton di Goodison Park, peratusan paling tinggi pernah dicatatkan dalam mana-mana perlawanan Liga Perdana.

11 Kejuaraan paling cepat

City merangkul kejuaraan Liga Perdana paling cepat dengan baki lima perlawanan, menyamai rekod dicatat Man United pada musim 2000/01.

12 Perbezaan gol terbanyak

City dengan 106 gol dan hanya 27 gol terbolos menjadikan perbezaan gol +79, paling tinggi direkodkan dalam Liga Perdana Inggeris. 

Masih banyak rekod baru peringkat individu dicatat oleh para pemain kita di musim. Jelas, ia musim penuh cemerlang dan semoga musim baru 2018/19 ia bakal menjanjikan lebih gemilang!

Berita Pasukan Utama

Guardiola puji pencapaian ‘unik’ pasukan

Laporan Perlawanan

City sudahi EPL musim 2017/18 dengan 100 mata

Berita Pasukan Utama

Ederson setuju kekal di City hingga 2025