quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

City terima tiga pencalonan anugerah EPL April

SMOOCH: Pep Guardiola kisses Raheem Sterling

SMOOCH: Pep Guardiola kisses Raheem Sterling

Manchester City menerima tiga pencalonan untuk anugerah Liga Perdana Inggeris bulan April.

Bulan April telah menyaksikan City beraksi dalam empat perlawanan Liga Perdana dengan meraih tiga kemenangan, kalah satu dan mengumpul 14 gol dengan kemenangan 4-1 ke atas West Ham menjadikan pasukan mengumpul 102 gol keseluruhan.

Bos City, Pep Guardiola sekali lagi dicalonkan untuk anugerah Pengurus Terbaik bersaing dengan Sam Allardyce (Everton), Roy Hodgson (Cyrstal Palace), Jose Mourinho (Man United) dan Darren Moore (West Brom).

Sekiranya menang, ia akan menjadi anugerah kelima buat Pep musim ini dalam pencapaian bersejarah kelab.

Sementara itu, Raheem Sterling telah dicalonkan untuk anugerah Pemain Terbaik dengan terlibat dalam enam gol sepanjang bulan April, paling banyak berbanding calon-calon lain.

Sehingga kini dia telah menjaringkan 18 gol dan 11 bantuan jaringan termasuk tiga bantuan dalam kemenangan di West Ham.

Raheem bersaing dengan Pierre-Emerick Aubamyeang (Arsenal), Christian Eriksen (Spurs), Jordan Pickford (Everton), Paul Pogba (Man United), Jake Livermore (West Brom) dan Wilfried Zaha (Crystal Palace).

Manakala Kevin De Bruyne pula dicalonkan untuk anugerah Gol Terbaik atas rembatan cantiknya dalam kemenangan 5-0 melawan Swansea.

De Bruyne menerima persaingan gol Eriksen (vs Chelsea), Dele Alli (vs Chelsea), Ayoze Petez (vs Leicester), Pogba (vs Chelsea), Aubmayenang (vs Southampton), Mohamed Salah (vs Bournemouth) dan Zaha (vs Leicester).

Undi Pep, Sterling dan De Bruyne di pautan ini.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kita ingin saksikan penutup sempurna

Laporan Perlawanan

City terus lakar rekod baru PL di Stadium London

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami ingin sudahi musim ini dengan cemerlang