quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Kejuaraan City menyinari dunia

Manchester City meraikan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan menyinarkan cahaya di seluruh dunia..hampir sebenarnya.

Dalam meraikan pencapaian kelab menjadi juara England 2017/18, siri pancaran cahaya telah dilakukan di setiap tempat pemain City berasal di seluruh dunia.

Pancaran cahaya yang merangkumi 25 kota di tiga benua, merupakan satu kejutan untuk para pemain selepas mereka menjulang piala Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad selepas pertembungan dengan Huddersfield Town pada hari Aha, 6 Mei.

Setiap pemain yang menjadi sebahagian dari kempen kali ini bersama-sama Pep Guardiola dan para pembantu jurulatihnya mewakili pancaran cahaya yang bermula di bangunan bandaraya Manchester (Manchester Town Hall) malam semalam.

Image result for man city champions manchester town hall 2018

Setiap lokasi telah diipilih secara istimewa yang ada kaitan dengan para pemain, dari padang perlawanan pertama mereka bermain bola sehingga ke sekola pertama mereka hadir.

Lokasi-lokasi termasuk jalanan di Sao Paulo di mana Gabriel Jesus pertama kalinya belajar bermain bola, pantai di Gran Canaria dimana David Silva menggilap kemahirannya dan padang bola di Ghent dimana Kevin De Bruyne memulakan kariernya dan kini dianjurkan ‘Piala Kevin De Bruyne’ setiap tahun.

Pancarana cahaya turut dilakukan di Jerman, lokasi yang turut tersemat tatu Leroy Sane di bahagian belakang badannya.

Ia juga dilakukan di seluruh Akademi Bola Sepak City sebagai pengiktirafan para pemain muda yang lahir dari Akademi menembusi pasukan utama musim ini.

Ketua Operasi Manchester City, Omar Berrada berkata: “Ia merupakan satu projek yang besar dan mengujakan yang kami amat berbangga melakukannya sepanjang 24 jam lalu.

“Kelmarin merupakan hari indah di Manchester apabila kami menjulang piala Liga Perdana dan kamu mahu lakukan sesuatu yang amat berharga buat para pemain kami dan melanjutkan sambutan ini ke tempat-tempat yang ada kaitan dekat dengan mereka.

“Reaksi para pemain amat hebat, mereka begitu terharu pencapaian kejuaraan Liga Perdana turut dilakukan di lokasi-lokasi istimewa dan membenarkan para peminat jauh turut meraikannya.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan keluarga para pemain atas bantuan mereka menjadikan projek ini berjaya.”

Untuk menyemak gambar-gamabr dan video-vide setiap pancaran cahaya, sila kunjungi www.my.mancity.com atau platform media sosial kelab termasuk akaun Twitter Bahasa Melayu kami @ManCityMAS.

Lokasi-lokasi untuk setiap pancaran cahaya (mengikut turutan nombor pemain):

Skuad Penuh: Manchester Town Hall, UK  

Pep Guardiola: Santpedor town Hall, bandar kelahirannya di Sepanyol  

Kyle Walker: The Lansdowne Estate di Sharrow, Sheffield, England di mana beliau biasa bermain bola bersama rakan-rakan semasa kecil.

John Stones: Bekas sekolah John, Penistone Grammar School, di Barnsley, UK  

Raheem Sterling: Copland Community School di Wembley, London, UK di mana  Raheem bermain untuk pasukan bola sepak semasa kanak-kanak.   

Fabian Delph: Bekas sekola Fabian’Tong Leadership Academy, di Bradford, UK 

Brahim Diaz: Escuela de Futbol Tiro Pichón di Málaga di mana Brahim dilatih pertama kali sebagai pemain bola 

Phil Foden: Jambatan Stockport, Manchester, tempat kelahiran Phil.

David Silva: Pantai di mana David biasa bermain bola sebagai kanak-kanak di Playa las Marañuelas di Arguineguín, Gran Canaria ,Sepanyol.

Bernardo Silva: Bekas sekolah Bernardo, di Colégio Valsassina, Lisbon, Portugal

Aymeric Laporte: Place des Laitiers di Agen Perancis di mana Aymeric membesar  

Benjamin Mendy: Kelab bola pertama Benjamin, US Palaiseau di Paris,Perancis 

Ilkay Gündogan: Stadium Gelsenkirchen Hessler 06 di Jerman, di mana Ilkay pertama kali bermain bola 

Leroy Sané: The Himmelsleitter, mercu tanda di Essen, Jerman di mana Leroy mempunyai tatu di belakang badannya.

Vincent Kompany:  Blok 35 Helihavenlaan di Brussels, Belgium di mana Vincent membesar

Kevin De Bruyne: Bangunan bekas kelabnya Drogen di Ghent, Belgium di mana sekarang mereka menganjurkan kejuaraan Piala Kevin De Bruyne saban tahun.

Oleksandr Zinchenko: The Castle Radomyshl di bandar kelahiran Oleksandr, Radomyshl, Ukraine 

Yaya Touré: Bekas akademi bola Yaya, ASEC Mimosas di Abidjan, Ivory Coast 

Claudio Bravo: Kedai di Viluco, Santiago, Chile kepunyaan kedua ibu bapanya dan di mana dia membesar.

Danilo: Gereja di Bicas, Brazil di mana Danilo biasa pergi semasa kecil

Fernandinho: Padang bola pertama Fernandinho bermain di Londrina Paraná, Brazil 

Ederson: Padang bola pertama Ederson bermain di Osasco, Sao Paulo in Brazil  

Gabriel Jesus: Padang bola pertama bermain di Jardim Peri, Sao Paulo in Brazil  

Sergio Agüero: Kelab bola pertama Sergio, Loma Alegre Football Club, di Buenos Aires, Argentina 

Nicolás Otamendi: Gereja keluarga Otamendi di La Paloma, Buenos Aires, Argentina  

Eliaquim Mangala: Kelab bola AC Lustin di Namur, Belgium di mana Eliaquim bermain pertama kali ketika dia berpindah ke Belgium  

Tosin AdarabioyoDaniel GrimshawLukas Nmecha and Arijanet Muric: Pancarana di seluruh City Football Academy (CFA) di Manchester, UK di mana para pemain berlatih sepanjang masa mereka di Akademi.

Pengurusan dan para jurulatih: Komplkes latihan City Football Academy di Manchester, UK

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kejuaraan EPL amat istimewa

Laporan Perlawanan

City dikat seri dengan kecekalan Huddersfield

Berita Pasukan Utama

Pemain Terbaik Etihad Musim Ini: Tiga Akhir