quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Kami ingin sudahi musim ini dengan terbaik

THE BEST: Pep has hailed City academy and training facilities

THE BEST: Pep has hailed City academy and training facilities

Manchester City akan menjulang piala kejuaraan Liga Perdana Inggeris seusai pertemuan dengan Huddersfield Ahad ini di Stadium Etihad.

Kompany telah tidak dapat beraksi semasa kemenangan 4-1 ke atas West Ham minggu lalu berikutan kecederaan otot namun kembali berlatih minggu ini dan dalam pemilihan skuad untuk  melawan Huddersfield.

Sementara itu John Stones turut kembali semula selepas direhatkan sejak awal Mac dengan kecederaan otot kaki.

Image result for vincent kompany pep guardiola 2018

“Vincent mengalami sedikit masalah tapi telah melalui sesi latihan dengan baik dan bersedia untuk perlawanan menentang Huddersfield Ahad ini.

“Sasaran utama untuk para pemain ialah Piala Dunia kerana Liga Perdana Inggeris telah selesai. Tapi cara terbaik untuk tiba di Piala Dunia ialah bermain dengan bagus dalam tiga perlawanan terakhir.

“Kami mahu sudahi musim ini dengan terbaik.

“John bertambah baik. Dia berlatih dengan bagus dan bersedia.”

Sementara itu Guardiola turut menjelaskan keadaan Sergio Aguero semakin baik selepas menjalani pembedahan lutut.

Penyerang Argentina itu tidak bermain sejak kekalahan kepada Liverpool dalam perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara Eropah sebulan lalu.

Namun Guardiola berkata dia semakin pulih dan dijangka cergas untuk Piala Dunia di Rusia musim panas ini.

“Saya telah dimaklumkan oleh Dr Ramon Cugat yang dia akan cergas untuk Piala Dunia.”

Image result for aguero pep guardiola 2018 vs liverpool

City akan turun menerima kunjungan Terriers tengahari Ahad ini dengan mengetahui kemenangan akan membawa pasukan memecah rekod baru Liga Perdana Inggeris dengan jumlah mata terbanyak dalam satu musim.

Citizens turut hanya memerlukan hanya dua gol lagi untuk memecah rekod yang dipegang oleh Chelsea, iaitu 103 gol.

Guardiola berkata ia akan menjadi pencapaian bermakna buat City dalam merangkul kejuaraan kali ini.

Image result for pep guardiola wagner huddersfield

“Apa yang kami fikir adalah memenangi satu lagi perlawanan dan bila ia berlaku kami akan memecah rekod baru.

“Tapi sasaran kami ialah bermain dengan bagus, menikmati 90 minit dan buat kami semua ia pertama kali kami lakukan ini.

“Terdapat 20 pemain dan ramai pegawai yang belum pernah menjuarai Liga Perdana Inggeris, jadi kami akan menikmatinya.”

* Perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Huddersfield akan berlangsung di Stadium Etihad, pada hari Ahad, 6 Mei jam 1.30 tengahari UK bersamaan pukul 8.30 malam waktu tempatan Malaysia. Siaran langsung akna ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD.

Berita Pasukan Utama

City terima tiga pencalonan anugerah EPL April

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kita ingin saksikan penutup sempurna

Laporan Perlawanan

City terus lakar rekod baru PL di Stadium London