quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Kejuaraan EPL amat istimewa

BUMPS FOR THE BOSS: The squad celebrate with Pep Guardiola

BUMPS FOR THE BOSS: The squad celebrate with Pep Guardiola

Pep Guardiola percaya merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris adalah merupakan antara pencapaian paling memuaskan hatinya.

Citizens menjulang piala kejuaraan liga buat kali ketiga selepas perlawanan seri dengan Huddersfield di Stadium Etihad.

Tidak ganjil dengan kejayaan, bos City telah bercakap dengan penuh rasa bangga kempen luar biasa yang telah menyaksikan pasukannya memecah beberapa rekod baru, dan menyifatkannya antara pencapaian terbaiknya.

“Ia adalah Liga Perdana Inggeris. Di England, ia istimewa kerana ia amat sukar,” ujar Guardiola.

“Kami telah saksikannya (semasa lawan Huddersfield) dan oleh sebab itu mengapa, tapi ok kerana kami telah dapat merangkul kejuaraan, kami telah lakukannya.

“Di sini, ia lebih sukar untuk merangkul kejuaraan. Apa yang paling penting adalah melakukan persiapan dengan baik, kemudian kita akan sama-sama lihat tahap kami.

“Sudah tentu, anda tidak pernah tahu anda akan memenangi piala-piala, tiada siapa tahu, tapi saya tak pernah rasa ragu tentang apa yang kami perlu lakukan atau apa yang mesti kami cuba lakukan.

“Anda menang dan anda kalah, tapi anda sentiasa lakukan apa yang ada percayai.

“Kami telah memulakan musim ini dengan mempercayai kami ingin mencubanya tapi saya tidak tahu kami akan memenanginya.

Meskipun Guardiola yang begitu menitikberatkan kesempurnaan telah bercakap tentang memperbaiki lagi pasukannya untuk musim depan.

“Perlawanan menentang Huddersfield adalah bukti kami boleh lakukan dengan lebih bagus lagi. Ia hangat dan amat sukar.

“Mereka bermain untuk kekal dalam Liga Perdana Inggeris.

“Minggu ini terlalu banyak perkara berlaku di sekiling pasukan yang telah membawa kami sedikt hilang fokus tapi ia normal.

“Musim lalu, purata umur pasukan adalah 31 tahun. Kini, ia sekitar 25-26 tahun. Para pemain baru begitu bertenaga dan mereka ada kualiti kemanusiaan yang bagus.

“Kami telah saksikan musim-musim lalu betapa pasukan yang telah menjuarai Liga Perdana Inggeris malah tidak dapat layak ke Liga Juara-Juara Eropah di musim berikutnya, jadi untuk mengekalkan kejuaraan berturut-turut dalam liga ini amat susah tapi kami terima cabaran.”

Laporan Perlawanan

City dikat seri dengan kecekalan Huddersfield

Berita Pasukan Utama

Pemain Terbaik Etihad Musim Ini: Tiga Akhir

Berita Pasukan Utama

Legenda kelab Yaya Toure tinggalkan City