quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

De Bruyne, Pemain Terbaik Etihad musim ini

BELGIAN BLUE: Kevin De Bruyne has been named the Etihad Player of the Season...

BELGIAN BLUE: Kevin De Bruyne has been named the Etihad Player of the Season...

Kevin De Bruyne telah dinamakan sebagai Pemain Terbaik Etihad bagi musim 2017/18.

Pemain tengah Belgium itu turut merangkul anugerah julung kali diadakan ‘Playmaker of the Year’ Liga Perdana Inggeris dengan tambahan satu bantuan gol di minit-minit akhir perlawanan penutup di Southampton oleh Gabriel Jesus.

Dengan 52 penampilan di kesemua kejohanan musim ini, Kevin turut menghasilkan 12 gol termasuk pencalonan Gol Terbaik Musim Ini menentang Swansea dan 21 bantuan jaringan.

Beliau turut dicalonkan untuk anugerah Pemain Terbaik PFA bersama-sama rakan sepasukan David Silva dan Leroy Sane (yang telah memenangi anugerah Pemain Muda Terbaik PFA).

De Bruyne menewaskan dua calon lagi untuk anugerah musim ini iaitu Leroy Sane dan David Silva yang turut disenarai pendek, tiga terakhir.

Image result for gabriel jesus de bruyne southampton 0-1 man city

Mengulas tentang pencapaian cemerlangnya musim ini secara individu dan berpasukan, dia tersenyum dan mengatakan: “Ia bola sepak indah. Mencapai 100 mata adalah sukar dipercayai. Ia sesuatu yang amat beremosi di penutup musim.”

Tentang pencapaian peribadinya pula, dia menambah: “Ia satu perasaan bagus. Ia bermakna saya telah lakukan tugasan dengan baik.

“Saya pencipta peluang dan saya cuba untuk mencipta peluang-peluang untuk rakan-rakan sepasukan saya. Jika mereka jaringkan gol, saya dapat bantuan, jadi saya tampak bagus!”

De Bruyne telah diumumkan sebagai Pemain Terbaik Etihad musim ini semasa Perarakan Juara pada hari Isnin oleh pengacara dan peminat City, Mike Wedderburn.

Berita Pasukan Utama

100,000 hadir raikan perarakan sang juara

Berita Pasukan Utama

Perarakan Man City: Live Stream Cityzens!

Berita Pasukan Utama

City cecah 100 mata EPL, pecah 12 rekod baru