quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Fernandinho menang Gol Terbaik Nissan musim ini

GOAL OF THE SEASON: Fernandinho v Stoke.

GOAL OF THE SEASON: Fernandinho v Stoke.

Jaringan gol cantik Fernandinho ketika menentang Stoke City telah dipilih sebagi Gol Terbaik Nissan Musim 2017/18.

Para peminat City rambu mata dengan begitu banyak gol cantik dicalonkan untuk anugerah Gol Terbaik musim ini apabila Citizes menghasilkan 106 gol dalam Liga Perdana Inggeris, namun gol Fernandinho menewaskan gol-gol rakan sepasukan termasuk Kevin De Bruyne, Raheem Sterling dan Sergio Aguero.

Gol pemain tengah Brazil itu merupakan gol kelima dalam kemenangan besar 7-2 ke atas Stoke City pada bulan Oktober tahun lalu, dengan rembatan jarak jauh masuk di bawah palang gol yang menggamatkan Stadium Etihad.

Fernandinho tampil sebanyak 48 kali sepanjang musim ini di semua kejohanan, dengan menjaringkan lima gol dan banyak lagi bantuan jaringan.

Mengulas pencapaian pasukan yang cemerlang, Fernandinho percaya ia merupakan kempen terbaik buat dirinya.

“Ya, jelas sekali ia merupakan musim terbaik buat saya. Cara kami bermain sepanjang musim dan jumlah gol yang kami hasilkan.

“Buat saya, ia merupakan tahun menakjubkan. Saya amat berbangga dengan rakan-rakan sepasukan saya. Mereka telah membantu saya banyak dengan jaringkan gol-gol. Saya ada tugasan mudah!”

 

Berita Pasukan Utama

100,000 hadir raikan perarakan sang juara

Berita Pasukan Utama

Perarakan Man City: Live Stream Cityzens!

Berita Pasukan Utama

City cecah 100 mata EPL, pecah 12 rekod baru