quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pemain Terbaik Etihad Musim Ini: Tiga Akhir

POTS Etihad 2017 18

POTS Etihad 2017 18

Kami telah meminta anda memilih tiga calon terakhir untuk anugerah Pemain Terbaik Etihad Musim 2017/18 (dengan kerjasama Kelab Penyokong Rasmi), dan ribuan anda telah mengundi.

Sekarang, kami mengumumkan tiga pemain yang akand diundi untuk pusingan akhir iaitu Kevin De Bruyne, David Silva dan Leroy Sane.

Undian untuk setiap pemain kini ditetapkan bermula dari ‘sifar’, jadi jika anda inginkan pemain kegemaran anda menang, anda berpeluang mengundinya sehingga 12 tengahari Ahad UK (7 malam waktu Malaysia) 13 Mei.

Jadi, adakah Silva akan menang untuk musim kedua berturut-turut selepas memenanginya pada musim 2016/17?

Atau mungkinkah De Bruyne akan meraihnya buat kali kedua di musim ketiga bersama City selepas memenanginya pada musim 2015/16?

Related image

De Bruyne dan Silva, kedua-duanya tidak memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA musim ini, yang telah dirangkul Mohamed Salah (Liverpool), namun kedua-duanya termasuk dalam Pasukan Terbaik Tahunan PFA 2017/18.

Leroy Sane telah dinobat Pemain Muda Terbaik Tahunan PFA pada usia 22 tahun mungkin akan menjadi pemain termuda City memenangi anugerah ini semenjak Michael Brown meraihnya pada tahun 1998 di usia 21 tahun.

Siapa anda pilih?

Undi pemain pilihan anda di bawah…

Undi sekarang!

Berita Pasukan Utama

Legenda kelab Yaya Toure tinggalkan City

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami ingin sudahi musim ini dengan terbaik

Berita Pasukan Utama

City terima tiga pencalonan anugerah EPL April