quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Ederson setuju kekal di City hingga 2025

DONE DEAL: Director of Football Txiki Begiristain and Ederson

DONE DEAL: Director of Football Txiki Begiristain and Ederson

Penjaga gol Manchester City komited dengan masa depannya untuk Manchester City dengan menandatangani perjanjian baru untuk kekal di kelab hingga tahun 2025.

Pemain asal Brazil tersebut tiba di Stadium Etihad dari Benfica musim panas lalu dan melalui musim pertamanya begitu cemerlang dengan 21 perlawanan tanpa bolos dan dicalonkan untuk anugerah Pemain Muda Terbaik Tahunan PFA.

Perjanjian barunya adalah sebagai ganjaran atas prestasi hebatnya dan meletakkan dirnya meraih lebih banyak kejayaan bersama Blues.

Ederson memberitahu CityTV: “Saya gembira menandatangani kontrak baru saya.

“Ia bermakna kelab ini gembira dengan kerja saya, mereka percayakan saya, dan saya harap untuk memenuhi segala yang mereka inginkan di atas padang dan membawa keseronokan pada para peminat.

“Saya mahu menang segala yang kami boleh! Dalam semua kejuaraan, tapi bagi saya sudah tentu Liga Juara-Juara Eropah, tanpa sangsi lagi kejohanan amat istimewa buat kami, dan ia menjadi impian saya untuk menjuarainya ketika menyarung jersi Manchester City!

Pengarah Bola Sepak, Txixi Begiristain menambah: “Ederson telah menunjukkan pada musim pertamanya di kelab yang beliau mempunyai segala ciri-ciri yang diperlukan untuk menjadi salah seorang penjaga gol terbaik dunia.

“Dia mempunyai kualiti hebat dan keupayannya dengan bola meletakkan dirinya jauh dari para pesaingnya. Kami tidak sabar untuk melihatnya terus berkembang di City dalam beberapa tahun akan datang”

Masih berusia 24 tahun, Ederson dilihat oleh pemerhati sukan sebagai salah seorang penjaga gol ternama dunia dan ketibaannya di City telah membantu merevolusi gaya permainan City dengan pengagihannya dan ketenangan dalam posesi, membawa dimensi baru dalam pasukan.

Setiap kami di City gembira yang beliau bersetuju menandatangani kontrak baru dan kami semua mengharapkan yang terbaik buatnya di sini.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami akan cuba menang di Southampton

Berita Pasukan Utama

Pep: Kami akan dedikasikan perlawanan untuk Yaya

Galeri Foto

Galeri wira-wira kampung halaman