quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Undian suku akhir UCL: Bila, di mana dan siapa?

UCL Draw Quarter Finals 2018

UCL Draw Quarter Finals 2018

Manchester City akan mengetahui lawan di peringkat 8 akhir Liga Juara-Juara Eropah pada hari Jumaat selepas melepasi pusingan 16 akhir menentang FC Basel.

Bila dan di mana?

Undian akan dilakukan pada jam 11 pagi (UK) Jumaat, 16 Mac bersamaan pukul 7 malam (Malaysia) bertempat di Nyon, Switzerland.

Bagaimana saya boleh menontonnya?

Bagi anda di tanahair, anda boleh menonton proses undian secara langsung di saluran Astro 810/831 HD atau di laman web UEFA.com dan kami juga membawa liputan di akaun Twitter rasmi kami @ManCityMAS.

Siapa City akan diundi?

Undian peringkat suku akhir adalah terbuka, jadi tiada sebarang halangan dikenakan sebagaimana peringkat kumpulan dan 16 akhir.

Oleh itu, City boleh diundi bertemu dengan Liverpool, satu-satunya lagi pasukan England yang layak, begitu juga enam lagi pasukan iaitu; AS Roma, Barcelona, Bayern Munich, Juventus, Real Madrid, Sevilla.

Bila perlawanan suku akhir akan berlangsung?

Perlawanan pertama akan bermula hari Selasa, 3 April dan Rabu, 4 April

Perlawanan timbal balik seminggu kemudian pada hari Selasa 10 April dan 11 April.

Bagaimana kesan pada jadual Liga Perdana Inggeris?

Tiada kesan kerana perlawanan menentang Manchester United akan berlangsung pada 7 April diikuti kunjungan ke Wembley berhadapan Tottenham Hotspur pada 14 April.

Kedua-dua perlawanan akan berpotensi menyaksikan City dimahkotakan sebagai juara Liga Perdana Inggeris musim ini bergantung pada keputusan perlawanan bertemu Everton pada 31 Mac.

Lapan pasukan akhir

Manchester City (England)

Liverpool (England)

AS Roma (Itali)

Barcelona (Sepanyol)

Bayern Munich (Jerman)

Juventus (Itali)

Real Madrid (Sepanyol)

Sevilla (Sepanyol)

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Silva seorang pemain ‘lengkap’

Laporan Perlawanan

City menang selesa di Stoke dengan dua gol Silva

Previu Perlawanan

Bertamu di laman Potters

Stoke City vs Man City EPL

Manchester City meneruskan cabaran Liga Perdana Inggeris sebelum rehat antarabangsa dengan bertamu di laman Stoke City untuk perlawanan ke-30 musim ini.