quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Pertemuan dengan Stoke mencabar

Selepas menempah tempat ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan menyingkirkan Basel , kini tumpuan beralih ke Liga Perdana Inggeris menentang Stoke City.

Fernandinho telah direhatkan kerana masalah hamstring sejak dia dipaksa keluar dari perlawanan akhir Piala Carabao, sementara Sterling telah terlepas peluang beraksi di empat perlawanan terakhir.

Delph telah digantung untuk tiga perlawanan berikutan kad merahnya dalam kekalahan Piala FA kepada Wigan, dan terlepas perlawanan pertengahan minggu lalu dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah menentang Basel kerana kecederaan.

Walaupun Guardiola memberitahu sidang akhbar ketiga-tiga pemain itu sudah pulih dengan baik, beliau menegaskan akan mempunyai idea lebih baik keadaan kecergasan mereka pada hujung minggu ini.

Image result for fernandinho sterling 2018

Ditanya keadaan kecederaan pasukannya, dia menjawab: "Ada di antara mereka yang baik.

"Fernandinho dan Sterling jauh lebih baik. Fabian Delph tidak pasti keadaannya

"Kami ada sesi latihan untuk memutuskan sebelum itu (permainan). Hari ini, para pemain berehat jadi saya tidak tahu keadaannya. "

Dengan Benjamin Mendy kembali menjalani latihan, Guardiola mengutarakan betapa pentingnya memiliki skuad penuh ketika City memasuki penghujung musim.

Image result for benjamin mendy training 2018

"Kami memerlukan semua pemain dalam skuad untuk sepanjang musim ini," katanya.

"Kadang-kadang pemain kami mengalami kecederaan tetapi kami memerlukan mereka semua."

City akan bertandang ke Stadium bet365 sebagai pendahulu liga dengan 78 mata selepas 29 perlawanan menentang Stoke yang bergelut di zon penyingkiran di tangga ke-19.

Image result for man city 1-2 basel

“Situasi musim ini amat cemerlang kerana ia tidak normal dengan jurang begitu jauh pada permulaan Mac.

“Kami kalah kepada Basel dan Liga Perdana agak sama, kami hampir menjadi juara tapi ia belum selesai.

“Kami perlu mengaut mata kemenangan secepat mungkin yang boleh.

Image result for man city 1-2 basel pep

“Apa yang akan berlaku di suku akhir Liga Juara-Juara bergantung pada tahap kami di Liga Perdana dan dalam Liga Perdana ia boleh membantu kami di suku akhir Liga Juara-Juara.

“Oleh sebab itu kami perlu fokus dengan apa yang perlu dilakukan.”

Stoke City dikalahkan Manchester City 7-2 di Stadium Etihad pada pertemuan awal Oktober lalu kini di bawah kendalian pengurus baru, Paul Lambert.

Image result for paul lambert stoke city

Walaupun pasukan lawan bergelut dengan prestasi mereka musim ini, Pep mengatakan menentang pasukan yang berjuang untuk kekal dalam Liga Perdana amat mencabar.

“Ia akan sukar.

“Saya tahu [Eric Maxim] Choupo-Moting, [Xherdan] Shaqiri semasa di Bayern. Joe Allen merupakan pemain hebat dan mereka kuat.

“Mereka bagus dalam ‘set-pieces’ dan ia sentiasa sukar bermain di laman Stoke.

Image result for joe allen shaqiri 2018

“Apabaila kami menghadapi pasukan-pasukan yang bertarung untuk kekal dalam Liga Perdana, anda boleh bayangkan betapa rumitnya pertemuan nanti.

“Kadang-kadang ia lebih sukar dari bermain melawan pasukan-pasukan di kedudukan lebih baik dalam carta liga.”

* Perlawanan menentang Stoke City akan berlangsung di Stadium be365 pada hari Isnin, 13 Mac jam 8 malam UK bersamaan pukul 4 pagi Selasa waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Aguero Pemain Terbaik Etihad Februari

Berita Pasukan Utama

Pep teruja City layak ke suku akhir UCL

Pep v Basel

Pep Guardiola berkata yang beliau merasa teruja selepas Manchester City berjaya layak ke peringkat seterusnya dalam Liga Juara-Juara Eropah selepas menang agregat 5-2 ke atas Basel di 16 akhir.

Laporan Perlawanan

City tempah tempat lapan akhir UCL 2018