quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Silva seorang pemain ‘lengkap’

JOB DONE: Pep Guardiola salutes City's away fans.

JOB DONE: Pep Guardiola salutes City's away fans.

Pep Guardiola berkata pemain yang membawa kemenangan pasukan, David Silva, ‘ada segalanya’.

Pemain tonggak Sepanyol itu menjaringkan gol untuk setiap babak perlawanan dalam kemenangan 2-0 ke atas Stoke dan bos melahirkan rasa gembira atas permainan cemerlang Silva dan pasukan keseluruhan.

“Saya amat gembira buat David kerana dia telah menjaringkan banyak gol penting buat kami musim ini.

“Dia mengawal rentak permainan malam ini. Biasanya, orang memperkatakan tentang kemahiran dan keupayaan teknikalnya, dan segala sumbangannya, mereka kata beliau tidak boleh bermain agresif atau berdaya saing- tapi percayalah saya, dia ada segalanya.”

City kini hanya memerlukan dua sahaja lagi kemenangan dari lapan perlawanan terakhir untuk dimahkotakan sebagai juara liga dan bos City percaya pasukannya selayaknya berhak atas usaha keras mereka musim ini.

“Kami amat hampir kini - 81 mata itu sungguh banyak, kami hanya kalah satu perlawanan dan mempersembahkan satu lagi permainan mantap malam ini.

“Ia sentiasa sukar untuk menang di sini, tapi kami tidak terbolos gol, dan kami tidak membenarkan Stoke melakukan sebarang peluang jelas.

“Saya rasa ia lebih bagus berbanding menang ke atas Arsenal kerana kami bermain cemerlang sepanjang perlawanan dan menguasai permainan. Ia agak sengit di separuh masa pertama tapi secara keseluruhannya bagus.

“Kini kami hampir tiga minggu rehat sebelum perlawanan seterusnya dan kami akan terbang ke Abu Dhabi berlatih dalam kondisi berlainan untuk merubah kebiasaan kami sedikit.

“Kami akan bersama-sama, dan akan kekal bertenaga dan kemudian pulang untuk menghabiskan musim ini.”

Ketika ditanya tentang kemungkinan City akan disahkan sebagai juara dengan kemenangan perlawanan derbi Manchester, Pep menambah: “Untuk menjadi juara tidak mudah. Legasi kami dari segi merangkul piala tidak banyak, oleh sebab itu untuk maju ke hadapan, kami perlu memenangi gelaran paling berprestij di England.

“Ia amat penting, tapi buat masa sekarang masanya untuk bertenang dan rehat. Para pemain kemudiannya akan menyertai pasukan-pasukan kebangsaan mereka dan kami pulang dan berkunjung ke Goodison Park dimana kami tahu ia sentiasa laman sukar buat kami untuk menang sejak beberapa tahun.

“Selepas itu, tidak kira siapa kami akan lawan di Liga Juara-Juara Eropah. Selepas kami bermain di Everton, kami akan fokus pada suku akhir Liga Juara-Juara.

“Kami akan lihat undian hari Jumaat ini, tapi sasaran terdekat kami adalah Everton, kemudian Liga Juara-Juara Eropah. Jika kami bermain sebagaimana hari ini, lambat laun kami akan menjuarai Liga Perdana Inggeris.”

Laporan Perlawanan

City menang selesa di Stoke dengan dua gol Silva

Previu Perlawanan

Bertamu di laman Potters

Stoke City vs Man City EPL

Manchester City meneruskan cabaran Liga Perdana Inggeris sebelum rehat antarabangsa dengan bertamu di laman Stoke City untuk perlawanan ke-30 musim ini.

Apa Kata Media

Kehebatan Gundogan dan nasihat Gabriel buat Neymar

FITNESS ADVICE: Gabriel Jesus and compatriot Neymar

Media hari Jumaat membawa kami analisis tentang para pemain tengah City Ilkay Gundogan dan Fernandinho, dan bagaimana pemain penyerang Brazil, Gabriel Jesus memberi nasihat kepada rakan senegaranya, Neymar.

Paper talk...