quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Kemas kini kecederaan Sergio Aguero

CITY SMILE: Sergio spots our camera

CITY SMILE: Sergio spots our camera

Jorge Sampaoli mengesahkan Sergio Aguero tidak bersedia untuk menghadapi Itali di Stadium Etihad pada petang Jumaat ini

Walau bagaimanapun, penyerang Manchester City mungkin sempat untuk pulih dan memainkan peranan dalam perlawanan persahabatan pada hari Selasa menentang Sepanyol di Madrid.

 

Aguero mengalami kecederaan lutut waktu dalam latihan baru-baru ini dan tidak bermain dalam kemenangan 2-0 oleh City, di Stoke 10 hari lalu.

 

Tetapi selepas menerima rawatan intensif di Abu Dhabi dalam kem latihan bercuaca panas baru-baru ini, dia sedang beransur baik dan mungkin dapat kembali beraksi apabila Argentina menghadapi La Roja pada minggu depan...

 

"Kami telah berbincang dengan para doktor pasukan Manchester City dan menilai keadaan jika ada kemungkinan baginya untuk bermain dalam dua perlawanan akan datang," kata Sampaoli.

 

"Nampaknya dia mungkin akan terlepas perlawanan pertama namun kita akan lihat seterusnya untuk perlawanan kedua."

 

Sementara itu, Sampaoli telah memuji prestasi Nicolas Otamendi.

 

Pemain pertahanan tengah City itu sedang melalui musim yang baik, telah bermain 39 daripada 47 perlawanan dalam semua pertandingan.

 

Kualiti mainan dan edaran bolanya telah meningkat secara dramatik sejak 12 bulan yang lalu dan Sampaoli berpendapat ini adalah baik untuk Argentina kerana dia  dapat bermain di bawah bimbingan pengurus City, Pep Guardiola.

 

"Kami sangat gembira kerana Nicolas bermain di City di bawah Guardiola," katanya.

 

"Peningkatan prestasinya adalah sangat baik pada waktu ini. Kami bangga dengannya. "

Berita Pasukan Utama

Gundogan: Saya semakin hampir menuju tahap terbaik

IN THE HEAT: Ilkay Gundogan takes some liquid on board.

Ilkay Gundogan percaya pencarian tahap terbaiknya bakal digapai setelah pulih daripada kecederaan seawal pembabitannya dengan Manchester City.

Kita dengarkan dari Ilkay Gundogan mengenai prestasi dan kecergasannya ...

Apa Kata Media

The Sun: City bersaing dengan Reds untuk Boateng?

Berita Pasukan Utama

Bernardo Silva mendedahkan kunci kejayaan City

"Ia sememangnya hebat setakat ini dan kami mahu pastikan ia begitu." Bernardo Silva tentang musim sulung impiannya di City.

Keinginan untuk menyerang pasukan lawan dan menghiburkan peminat menjadi kunci kepada musim Manchester City setakat ini.

Kami bercakap dengan Bernardo Silva mengenai musim City setakat ini ...