quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

City diundi bertemu Liverpool di suku akhir UCL

UCL Draw Quarter Final Result

UCL Draw Quarter Final Result

Manchester City julung kali dipertemukan Liverpool di pentas Eropah selepas undian suku akhir Liga Juara-Juara Eropah hari Jumaat.

Pasukan Pep Guardiola akan berkunjung ke Anfield  menghadapi pasukan kendalian Jurgen Klopp pada 4 April untuk perlawanan pertama diikuti perlawanan kedua pada 10 April di Stadium Etihad.

Image result for jurgen klopp pep guardiola

Kedua-dua pasukan telah bertemu dua kali musim ini dalam Liga Perdana Inggeris dengan City menang 5-0 pada bulan September di Stadium Etihad dan kalah tipis 4-3 di Anfield pada bulan Januari.

Image result for city 5-0 liverpool celebration

Mengulas keputusan undian yang turut dihadiri Pengarah Bola Sepak City, Txixi Begiristain, di Nyon Switzerland: “Ia undian amat sukar. Kami lebih suka untuk bermain di negara lain dalam Liga Juara-Juara, tapi kami terpaksa akur dengan keputusan undian.

“Kami amat kenal satu sama lain, mereka satu pasukan menyerang, sejujurnya ia akan menjanjikan dua perlawanan menarik dan kita akan menyaksikan permainan bola cantik.

Image result for txiki begiristain 2018

“Kami sedang lakukan tugasan dengan bagus dalam Liga Perdana Inggeris tapi anda sentiasa perlu lakukannya dengan betul, dalam Liga Juara-Juara tiada masa untuk lakukan sebarang kesilapan, segalanya perlu berjalan lancar.

 “Anda perlu lakukan hampir sempurna dalam kedua-dua pertemuan nanti. Kami tahu betapa kuat dan bertenaga pasukan Liverpool, dalam Liga Perdana mereka telah kalahkan kami di tempat mereka dan kami pula berjaya kalahkan mereka di laman kami.”

Keputusan Undian Penuh

Liverpool vs Manchester City

Barcelona vs AS Roma

Sevilla vs Bayern Munich

Juventus vs Real Madrid

Prestasi City musim ini

Liga Juara-Juara Eropah: Ini merupakan kali kedua City mara ke suku akhir selepas berjaya melakukannya pada musim 2015/16 dengan menyingkirkan Paris Saint Germain sebelum kalah tipis di semifinal dengan agregat 1-0 kepada juara musim tersebut, Real Madrid. Pada musim lalu City terkeluar di peringkat 16 akhir kepada AS Monaco dengan agregat 6-6 kelebihan Monaco gol di tempat lawan.

Citizens layak ke suku akhir musim ini selepas menang agregat 5-2 ke atas FC Basel dengan kemenangan 4-0 di Switzerland dan kalah tipis 1-2 di Stadium Etihad. Sebelum itu City menjuarai Kumpulan F yang dianggotai Shakhtar Donetsk, Napoli dan Feyenoord.

Image result for basel 0-4 city

Liga Perdana Inggeris: City kini mendahului liga dengan 81 mata selepas 30 perlawanan dan menghasilkan 85 gol (20 bolos) dan hanya memerlukan dua kemenangan untuk bergelar juara dengan perlawanan seterusnya menentang Everton di Goodison Park dan Manchester United di Etihad.

Piala Liga (Carabao Cup): Juara selepas menewaskan Arsenal 3-0 di final di Wembley.

Piala FA: City terkeluar di pusingan kelima selepas kalah tipis 1-0 kepada Wigan Athletic.

Penjaring gol terbanyak: Sergio Aguero (30)

Image result for man city european cup winners cup 1970

Rekod Piala Eropah/Liga Juara-Juara Eropah: City belum pernah merangkul kejuaraan utama Eropah kecuali European Cup Winners' Cup musim 1969/70.

 

Prestasi Liverpool musim ini

Liga Juara-Juara Eropah: Liverpool layak ke Liga Juara-Juara musim ini selepas mendudukan tempat ke-4 Liga Perdana Inggeris musim lalu. Mereka menjuarai Kumpulan E yang turut disertai Sevilla, Spartak Moskva dan Maribor sebelum menyingkirkan Porto di pusingan 16 akhir dengan agregat 5-0 selepas menang 0-5 di Portugal dan seri tanpa jaringan di Anfield.

Image result for porto 0-5 liverpool celebration

Liga Perdana Inggeris: Tangga ke-4 (60 mata) di belakang Manchester United, Chelsea dan Spurs dengan mengumpul 68 gol (34 bolos)

Piala Liga (Carabao Cup): Terkeluar di pusingan ketiga kalah kepada Leicester

Piala FA: Terkeluar di pusingan keempat kalah kepada West Brom

Penjaring gol terbanyak: Mohamed Salah (32)

Related image

Rekod Piala Eropah/Liga Juara-Juara Eropah: Juara lima kali (1976/77, 1977/78, 1980/81, 1983/84, 2004/05) – paling banyak di antara kelab England. Pada musim lalu Liverpool tidak beraksi di Liga Juara-Juara.

Berita Pasukan Utama

Undian suku akhir UCL: Bila, di mana dan siapa?

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Silva seorang pemain ‘lengkap’

Laporan Perlawanan

City menang selesa di Stoke dengan dua gol Silva