quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Kami kekal fokus dan tak kejar rekod

THUMBS UP: Pep Guardiola.

THUMBS UP: Pep Guardiola.

Pep Guardiola menegaskan yang Manchester City tidak akan hilang fokus dengan gelaran juara Liga Perdana Inggeris hampir dalam genggaman atau mengejar rekod baru.

City mempersembahkan permainan menyakinkan dengan kemenangan 1-0 ke atas penyandang juara, Chelsea melalui gol Bernardo Silva pada minit ke-46 untuk menambah jurang 18 mata di puncak carta liga.

Ini bermakna City melakar rekod baru sejak tahun 2006 dengan jarak begitu jauh berbanding pencabar di tangga kedua liga, dan kini hanya memerlukan empat kemenangan lagi dari sembilan baki perlawanan untuk menjuarai liga utama Inggeris buat kali kelima.

Namun bos City percaya yang rekod-rekod baru hanya hadir sebagai natijah dari prestasi yang konsisten.

“Apa yang penting ialah kami menjadi juara, itu yang amat penting,” ujar Guardiola.

“Saya pernah bercakap kepada para pemain tentang pencapaian rekod baru. Kami akan cuba dan bermain sebagaimana hari ini menentang Basel dan Stoke, itu yang saya ingin lihat dari pasukan saya.

Image result for manchester city 1-0 chelsea 2018

“Pada akhir musim ini kita akan lihat. Rekod-rekod baru adalah hasil dari apa yang kami telah lakukan. Jika anda fikir tentang rekod anda lupa apa yang telah anda lakukan.

“Apa yang anda perlu lakukan ialah memahami apa yang perlu dilakukan untuk mengalahkan pasukan lawan.”

City mendominasi permainan yang telah menyaksikan Chelsea gagal mencatat walau satu tendangan mengenai sasaran dalam Citizens mencatat rekod jumlah hantaran terbanyak dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris semenjak rekod terakhir musim 2003/04.

“Kami telah mencipta cukup peluang untuk memenangi perlawanan ini dan berupaya menjaringkan lebih banyak gol.

“Pemainan menekan kami cukup cemerlang jadi kami gembira kerana ia selangkah lagi untuk bergelar juara. Kami kini mengumpul 78 mata.

“Kami perlu lebih berhati-hati dengan serangan balas, Hazard, Willian dan Pedro kesemuanya pemain laju tapi kami berjaya mengawalnya.

Image result for manchester city 1-0 chelsea march 2018 hazard

“Kami laju dengan bola, tiada pemain yang melakukan hantaran tambahan atau sentuhan tambahan. Ia tidak mudah apabila mereka bertahan dengan sembilan pemain dalam kotak penalti.

Sementara itu, Sergio Aguero terpaksa terus mencari gol ke-200 nya di perlawanan akan datang, namun Pep percaya penyerang Argentina tersebut pada prestasi terbaik semenjak beliau menjadi pengurus City pada Julai 2016.

Image result for manchester city 1-0 chelsea march 2018 aguero

“Semenjak kami bekerja bersama di sini, ini merupakan Sergio terbaik yang pernah saya lihat.

“Bukan sahaja dari segi menghasilkan gol-gol, dia juga tidak kehilangan bola, dia mengejar dari belakang, dia yang pertama memberi tekanan.

Image result for manchester city 1-0 chelsea 2018

“Saya amat gembira. Dia tidak menjaringkan gol hari ini tapi dia akan jaringkan di masa akan datang. Dia telah bermain dengan bagus sekali hari ini.”

Laporan Perlawanan

Gol Bernardo bawa kemenangan City lawan Chelsea

Previu Perlawanan

Menghadapi tamu Biru London

Man City vs Chelsea EPL

Manchester City melangkah masuk ke 10 perlawanan terakhir liga musim ini dengan langkah kanan apabila pulang dari kota London membawa 3 mata selepas menang selesa 3-0 ke atas Arsenal.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami boleh lakukan lebih baik lagi