quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Kami boleh lakukan lebih baik lagi

Pep and Antonio Conte EPL

Pep and Antonio Conte EPL

Pep Guardiola menegaskan yang City masih boleh lakukan dengan lebih baik lagi meskipun sedang mendahului Liga Perdana Inggeris dengan jurang 16 mata menjelang pertemuan dengan Chelsea.

Bos City penuh pujian untuk para pemainnya namun berkata masih terdapat sudut-sudut yang boleh diperbaiki lagi dan percaya jika ia berlaku lagi di perlawanan-perlawanan akan datang pasukannya boleh dihukum, terutama di peringkat-peringkat seterusnya dalam Liga Juara-Juara Eropah.

“Saya gembira dengan kemenenangan ke atas Arsenal tapi menjelang pertemuan dengan Chelsea kami menunjukkan kepada para pemain kami 10 minit separuh masa pertama dan 20 minit pertama babak kedua perlawanan tersebut kerana jika ia berlaku dalam Liga Juara-Juara kami pasti akan terkeluar.

Image result for pep guardiola arsenal 0-3 man city

“Kami telah hilang kawalan dan kami tidak tahu apa yang patut kami lakukan, sudah tentu kami amat gembira menang tapi kadang-kadang kami memberitahu mereka apa yang kami tidak cukup bagus dan tidak membenarkan mereka berfikir yang ‘kami sudah sempurna’.

Pep turut memuji rakan sejawat di Chelsea, Antonio Conte menjelang pertemuan petang Ahad di Stadium Etihad.

Meskipun juara bertahan liga musim lalu itu bergelut dengan prestasi mereka berbanding semasa menjulang kejuaraan musim sebelumnya, Pep percaya keputusan Conte untuk melaksanakan sistem baru dan perubahan ke atas pasukannya dalam kempen musim ini membuktikan kebolehan taktikal pengurus Itali tersebut.

Image result for conte chelsea players 2018

“Apa yang Antonio telah lakukan mungkin ramai orang tidak menyedarinya, “ ujar Pep.

“Beliau telah memperkenalkan satu cara lagi untuk menyerang dengan lima pemain pertahanan, satu lagi sistem. Banyak pasukan, malah Arsenal cuba melakukan sama. Secara taktikal dia seorang yang pakar, dia telah lakukan banyak perkara hebat bersama pasukan kebangsaan Itali dan saya rasa Conte akan menyumbangkan sesuatu untuk bola sepak Inggeris, saya pasti.

“Musim lalu kami turut menerima tekanan sama kerana ramai mengatakan apa lelaki ini (Pep) lakukan? Dan apabila Manchester City melakukannya dengan baik dan berada di posisi sekarang, ia adalah perkara sama.

Image result for arsene wenger arsenal 0-3 man city

“Posisi Arsene Wenger pada masa sekarang akan berlaku juga kepada saya, sudah tentu kami mahu kalahkan Arsenal, saya mahu kalahkan semua mereka, itu normal.

“Tapi sebagaimana Conte, setiap pengurus ada situasinya sendiri, jadi saya tidak boleh menilai atau menghukum mana-mana pengurus kelab lain. Beliau telah melakukan tugasan yang hebat musim lalu.

“Apa yang kami telah lakukan, orang mempersoalkan apa kelainan kami berbanding musim lalu? Hakikatnya ia tidak banyak. Sudah tentu, kami telah membawa masuk ramai pemain baru yang telah banyak membantu kami.

Related image

“Jika anda mahu bersaing di peringkat tinggi dalam kesemua empat kejuaraan, anda tahu yang anda perlukan para pemain yang bagus.

“Para pemain bagus menjadikan para pengurus dan kelab-kelab bagus. Ia sama keadaannya di England dan Sepanyol, anda perlu fokus pada perlawanan seterusnya, dan seterusnya dan anda perlu perbaikinya lagi.

“Ia satu keseronokan menjadi pengurus kepada para pemain yang saya ada sekarang kerana ia bukan sahaja untuk hari ini atau satu hari, atau dua hari atau tiga hari, ia semenjak enam atau tujuh bulan sudah dan dalam setiap perlawanan.

Image result for pep aguero 2018

“Malah ketika kami kalah, kami telah mempersembahkan permainan yang hebat.

“Bola sepak adalah satu-satunya sukan dimana anda tidak boleh membidik secara tepat dan memenangi sesuatu perlawanan dengan mudah. Dalam bola keranjang anda perlu memasukkan bola dalam jaring, dalam permainan golf anda hanya perlukan masukkan bola dalam lubang. Oleh sebab itu anda sentiasa perlu fokus.

“Kami tidak bermain hanya untuk hari ini, setiap perlawanan menyediakan kami untuk masa depan. Kami gembira menjuarai Carabao Cup, namun begitu anda mempunyai masalah-masalah dalam sesetengah keadaan dan anda perlu memperkatakan tentangnya supaya di masa hadapan ia membantu anda untuk memperbetulkannya.

Image result for pep guardiola carabao cup

“Oleh sebab itu ia sesuatu kepuasan menjadi pengurus kerana ia proses yang tidak pernah berakhir kerana anda sentiasa ada sesuatu perkara yang perlu dilakukan dengan segala perancangan dan percaturan yang teliti.

“Oleh sebab itu anda perlu sentiasa fokus dan cuba mengekalkan semangat para pemain kerana mereka tahu kami boleh lakukan lebih bagus, dan ia adalah cara terbaik untuk memperbaikinya lagi terutamanya untuk musim hadapan.”

*Perlawanan Manchester City menentang Chelsea akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Ahad, 4 Mac jam 4 petang UK bersamaan 12 tengah malam UK. Siaran langsung akan ditayangkan di saluran Astro 816/834 HD.

Berita Pasukan Utama

Aguero dan Danilo dicalon anugerah EPL Februari

Berita Pasukan Utama

Undi Pemain Terbaik Etihad Februari!

Berita Pasukan Utama

Pep: Setiap kemenangan bawa kami kian hampir juara