quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep teruja City layak ke suku akhir UCL

Pep v Basel

Pep v Basel

Pep Guardiola berkata yang beliau merasa teruja selepas Manchester City berjaya layak ke peringkat seterusnya dalam Liga Juara-Juara Eropah selepas menang agregat 5-2 ke atas Basel di 16 akhir.

Gol pembuka Gabriel Jesus disamakan Mohamed Elyounoussi sebelum Michael Lang menemui gol kemenangan 2-1 buat pasukan Switzerland selepas tewas 4-0 kepada City di St Jakob Park, 13 Februari lalu.

FC Basel menjadi pasukan keempat yang menewaskan City musim ini di kesemua kejohanan selepas Shakhtar Donetsk, Liverpool dan Wigan Athletic.

“Kami amta gembira berjaya layak ke peringkat lapan akhir sekali lagi kerana ia memberi prestij,” ujar Guardiola.

“Kami hampir menyapu bersih di peringkat kumpulan dengan menyingkirkan salah satu pasukan terbaik di dunia di Napoli, dan kami bermain dengan bagus semasa perlawanan pertama di Basel, dan separuh masa pertama malam ini.

“Kami hanya kurang perasaan sama di babak kedua di mana ia tidak bagus.

“Kami lupa untuk menyerang, kami lupa untuk bermain, kami melakukan hantaran bola hanya sekadar hantaran. Menghantar bola sepatutnya untuk menggerakkan penyerang supaya menyerang, tapi menghantar bola sekadar hantaran sia-sia.

“Pada separuh masa kedua, ia amat teruk”

City melakukan enam perubahan pemain dari skuad yang meraih kemenangan 1-0 ke atas Chelsea hari Ahad lalu dan Guardiola percaya ia telah menjejaskan rentak permainan pasukannya.

“Anda akan dapati semua kelab bola di dunia ini yang apabila enam hingga tujuh perubahan dilakukan, ia sentiasa berlaku pasukan-pasukan tersebut tidak lagi sama,” jelasnya.

“Mulai esok kami akan merasa gembira dapat ke suku akhir buat kali kedua buat kelab ini. Kami amat gembira untuk itu.

“Anda perlu berada di tahap tinggi untuk sampai ke separuh akhir dimana kejohanan ini amat menuntut dari anda. Kami akan cuba memberi saingan sebaiknya.”

Phil Foden, 17, telah diturunkan dari awal perlawanan di posisi tengah dan telah mengagumkan bos City dengan permainan menyerlah.

“Ia bagus, pada separuh masa kedua mungkin hanya dirinya dan Leroy Sane yang bermain agresif, yang cuba lakukan sesuatu dengan bola dan maju ke hadapan. Leroy juga sama.”

Gol Jesus merupakan yang pertama semenjak 18 November, dan Guardiola percaya dengan penghasilan gol tersebut akan menambah keyakinan kepada penyerang Brazil tersebut.

“Untuk pemain dari Yaya Toure, John Stones, Danilo dan Gabriel, ia bagus untuk mereka bermain 90 minit, ia bagus untuk rentak permainan mereka di masa depan.”

Undian peringkat suku akhir akan dilakukan pada 16 Mac ini dan Guardiola menegaskan yang pasukannya tidak gentar untuk bertemu sesiapa sahaja.

“Apabila anda berjaya ke suku akhir, perbezaan sebagai contoh antara Juventus dan Tottenham agak sama, jadi pada tahap tersebut semua pasukan amat mencabar dan sukar.

“Kami tahu kami perlu berikan persembahan terbaik untuk bersaing dalam situasi-situasi tersebut, namun kami akan cuba bersedia untuk itu. Ia penting untuk menyedari tahap kami.”

Laporan Perlawanan

City tempah tempat lapan akhir UCL 2018

Previu Perlawanan

Selangkah lagi ke suku akhir UCL!

Berita Pasukan Utama

Pep: Liga Juara-Juara Eropah sesuatu yang istimewa