quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Pep: Liga Juara-Juara Eropah sesuatu yang istimewa

Pep Guardiola City vs Basel UCL

Pep Guardiola City vs Basel UCL

Fernandinho dan Raheem Sterling hampir kembali beraksi namun perlawanan Liga Juara-Juara Eropah menentang Basel terlalu awal buat mereka.

Sterling yang mengalami kecederaan hamstring tidak bermain semenjak perlawanan pertama melawan Basel di Switzerland pada 13 Februari lalu.

 Sementara Fernandinho pula sedang dalam proses pemulihan masalah yang sama dialaminya semasa perlawanan akhir Carabao Cup minggu lalu.

Bos City turut memberi perkembangan mutakhir Benjamin Mendy berikutan pemain pertahanan Perancis itu kembali berlatih penuh selepas direhatkan sejak menentang Crystal Palace pada bulan September tahun lalu.

“Ferna semakin bertambah baik, begitu juga Sterling. Esok mungkin mereka berdua tidak dapat bermain, tapi kemungkinan akan bersedia untuk melawan Stoke City nanti. Mendy telah kembali tapi dia telah tidak bermain selama enam bulan, jadi kami perlu berhati-hati.”

City telah memenangi perlawanan pertama 16 akhir menentang Basel dengan jaringan 4-0 hasil dua gol Ilkay Gundogan, serta gol Bernardo Silva dan Sergio Aguero. Namun bos mengatakan tiada ruang untuk memandang mudah perlawanan kedua di Stadium Etihad.

Image result for basel 0-4 man city pep guardiola

“Esok kami akan bermula dari kosong, ia perlawanan kalah mati jadi anda perlu melihat kembali apa yang telah anda lakukan pada perlawanan pertama.

“Kami perlu fokus untuk tidak melakukan sebarang kesilapan. Jika anda fokus atas apa yang anda perlu lakukan pada ‘set-pieces’ dan mengawal permainan, anda akan layak seterusnya.

“Liga Juara-Juara Eropah adalah sesuatu yang istimewa, anda harus fokus. Tapi dalam bola sepak, apa sahaja boleh berlaku.

Image result for basel 0-4 man city pep guardiola

“Kami telah memenangi lebih banyak perlawanan jadi kami mempunyai keyakinan. Musim lalu prestasi kami turun naik.

“Musim ini kami memenangi begitu banyak perlawanan jadi lebih berkeyakinan dan pada tahap lebih stabil. Sentiasa ada masa untuk belajar dan esok ia ujian bagus untuk belajar bagaimana menangani detik-detik bagus.

Related image

“Juga  belajar bagaimana untuk mengawal permainan dan bagaimana mencipta perlawanan. Mungkin ia lebih penting esok tiada perkara tidak diingini berlaku. Tapi pada pertemuan pertama kami tidak terlepas dari ‘set-pieces atau serangan balas.

“Kami bermain mudah (simple). Ia saat yang bagus untuk melihat bagaimana kami menangani situasi yang sama di masa akan datang.”

 

* Perlawanan kedua peringkat 16 akhir Liga Juara-Juara melawan FC Basel akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Rabu, 7 Mac jam 7.45 malam UK bersamaan pukul 3.45 pagi Khamis Malaysia. Siaran langsung di saluran Astro 810/831. Liputan langsung perlawanan di akaun Twitter Bahasa Melayu kami @ManCityMAS.

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Kami kekal fokus dan tak kejar rekod

Laporan Perlawanan

Gol Bernardo bawa kemenangan City lawan Chelsea

Previu Perlawanan

Menghadapi tamu Biru London

Man City vs Chelsea EPL

Manchester City melangkah masuk ke 10 perlawanan terakhir liga musim ini dengan langkah kanan apabila pulang dari kota London membawa 3 mata selepas menang selesa 3-0 ke atas Arsenal.