quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Aguero dan Danilo dicalon anugerah EPL Februari

NOMINATED: Sergio Aguero and Danilo are up for February's Premier League awards

NOMINATED: Sergio Aguero and Danilo are up for February's Premier League awards

Sergio Aguero dan Danilo Luiz menerima pencalonan untuk anugerah-anugerah Liga Perdana Inggeris Februari.

Aguero yang telah memenangi anugerah bulan lalu dinamakan dalam senarai 7 calon untuk merebut anugerah Pemain Terbaik EA Sports bulan Februari , sementara gol keempatnya dalam kemenangan 5-1 ke atas Leicester City dicalonkan untuk anugerah Gol Terbaik Carling.

Penyerang Argentina itu beraksi selama 180 minit dalam dua perlawanan Liga Perdana yan menyaksikan City diikat seri 1-1 di Burnley dan membenamkan Foxes di Stadium Etihad.

Beliau menghasilkan 4 gol ke atas Leicester dan mencatat 82% hantaran tepat dengan dua rampasan bola, serta 100% terjahan sempurna.

Kun menghadapi 6 calon lain iaitu; Mousa Dembele (Spurs), Pascal Gross dan Glenn Murray (Brighton & Hove Albion), Eden Hazard (Chelsea), Mohamed Salah (Liverpool) dan Xherdan Shaqiri (Stoke City).

Sementara itu pemain pertahanan Brazil, Danilo yang menyelamatkan City dengan satu mata di Turf Moor melalui rembatan cantik tercalon untuk anugerah Gol Terbaik.

Undian di buka untuk semua kategori sekarang. Untuk maklumat lanjut dan mengundi para pemain kita, sila klik di pautan ini.

Berita Pasukan Utama

Pep: Setiap kemenangan bawa kami kian hampir juara

Laporan Perlawanan

City ulangi kecewakan Arsenal selang empat hari

Previu Perlawanan

Sasaran kemenangan hatrik ke atas Gunners