quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Gundogan: Saya semakin hampir menuju tahap terbaik

IN THE HEAT: Ilkay Gundogan takes some liquid on board.

IN THE HEAT: Ilkay Gundogan takes some liquid on board.

Ilkay Gundogan percaya pencarian tahap terbaiknya bakal digapai setelah pulih daripada kecederaan seawal pembabitannya dengan Manchester City.

Pemain antarabangsa Jerman yang berusia 27 tahun ini, tiba pada musim panas tahun 2016 setelah mengalami kecederaan terkehel tempurung lutut dalam beberapa minggu terakhirnya di Borussia Dortmund, dan ini menunda penampilan musim sulungnya sehinggaSeptember musim tersebut.

 

Dan setelah bekerja keras mendapatkan kembali kecergasan sepenuhnya, dia telah bermain sebanyak 17 perlawanan sebelum mengalami pecahan ligamen krusiat lututnya dan menghabiskan masa selama lapan bulan di luar padang.

 

Tetapi dia kembali ke dalam pasukan pada bulan September apabila City menewaskan Watford 6-0 di Vicarage Road dan sejak itu telah bermain sebanyak 38 kali.

 

Dengan pengaruhnya yang semakin meningkat, dia menyatakan kegembiraannya kerana dapat bermain dengan tetap dalam pasukan.

 

"Sangat gembira rasanya kerana saya dapat kembali dan menjadi sebahagian daripada pasukan, untuk memainkan peranan saya, yang pastinya juga penting," katanya.

 

"Saya seronok dan berasa sangat gembira. Ini adalah waktu yang menggembirakan hidup dan kerjaya saya, sekali lagi.

 

"Saya telah melalui banyak jatuh bangun dalam hidup saya pada masa lalu, jadi jelas yang saya amat gembira kerana dapat kembali berlatih dan bermain.

 

"Saya tidak dapat membandingkannya [semasa tercedera tahun lepas]. Ia terasa seperti suatu sejarah. Saya tidak mahu memikirkannya lagi.

 

"Ini adalah perubahan besar bagi saya, perubahan yang menyeronokkan. Saya rasa gembira, saya menikmatinya dan ternyata, saya cuba lakukan apa sahaja yang boleh untuk kekal cergas.

 

"Saya hanya memikirkan tentang sekarang, tentang menjadi sebahagian daripada pasukan, tentang berlatihan dan bermain dengan baik, tentang melakukan apa yang pengurus dan semua kakitangan di sini  mahu saya capai dan menterjemahkannya ke dalam pasukan.

 

"Saya mempunyai impak saya yang tersendiri dan selama beberapa bulan lepas, saya masih lagi dalam perjalanan ke tahap yang terbaik.

 

"Sekarang, saya rasa hampir atau sudah mencapai tahap tersebut, dan saya sudah boleh berseronok dan gembira kerananya."

 

Gundogan telah memainkan peranan penting dalam kejayaan Piala Liga baru-baru ini, setelah bermain dalam kesemua enam perlawanan dalam perjalanan meraih trofi tersebut.

 

Ia adalah piala pertama City di bawah bimbingan Pep Guardiola, satu momen titik perubahan untuk Kelab dalam fasa semasanya.

 

Gundogan menyatakan kegembiraannya menjadi sebahagian daripada kejayaan itu tetapi percaya hanya dengan bersaing bersama pasukan-pasukan elit Eropah, pasukan City akan mencapai potensi penuhnya.

 

"Hanya beberapa hari sebelum perlawanan akhir, kami kalah dengan Wigan [dalam Piala FA]," katanya.

"Kekalahan itu membuatkan perlawanan akhir Piala Liga lebih istimewa dan penting buat kami. Saya fikir tekanan adalah lebih tinggi bagi perlawanan itu.

 

"Mujurlah, kami menang dan semestinya sangat gembira kerana dapat memperoleh trofi pertama kami pada awal musim. Itu sekarang di tangan kami, dan tiada siapa yang boleh merampasnya.

 

"Hebat rasanya. Tetapi pada pendapat saya, ini hanyalah permulaan.

 

"Kami masih dalam perjalanan - di jalan yang baik, saya fikir, dengan cara kami bermain - untuk menyertai kelab-kelab elit di Eropah.

 

"Saya tidak akan mengatakan yang kami selesa di sana. Kami perlu bersaing dengan pasukan-pasukan  seperti Madrid, Barcelona, Bayern Munich, Juventus ... pasukan-pasukan terbaik. "

Apa Kata Media

The Sun: City bersaing dengan Reds untuk Boateng?

Berita Pasukan Utama

Bernardo Silva mendedahkan kunci kejayaan City

"Ia sememangnya hebat setakat ini dan kami mahu pastikan ia begitu." Bernardo Silva tentang musim sulung impiannya di City.

Keinginan untuk menyerang pasukan lawan dan menghiburkan peminat menjadi kunci kepada musim Manchester City setakat ini.

Kami bercakap dengan Bernardo Silva mengenai musim City setakat ini ...

Berita Pasukan Utama

Ilkay Gundogan tentang undian UCL

ILKAY GUNDOGAN: German precision

Ilkay Gundogan berkata City perlu mengalahkan pasukan-pasukan terbaik untuk merangkul Liga Juara-Juara Eropah.

Gundogan: Kita harus mengalahkan yang terbaik untuk menjadi yang terbaik