quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Bernardo Silva mendedahkan kunci kejayaan City

"Ia sememangnya hebat setakat ini dan kami mahu pastikan ia begitu." Bernardo Silva tentang musim sulung impiannya di City.

"Ia sememangnya hebat setakat ini dan kami mahu pastikan ia begitu." Bernardo Silva tentang musim sulung impiannya di City.

Keinginan untuk menyerang pasukan lawan dan menghiburkan peminat menjadi kunci kepada musim Manchester City setakat ini.

Itulah pandangan Bernardo Silva, yang percaya kehebatan cara permainan City - baik dengan dan tanpa bola - menjadikan sukar bagi pihak lawan untuk mengekang kita.

Ia adalah satu pendekatan yang menjadikan City salah satu daripada pasukan paling menarik untuk ditonton di Eropah, sesuatu yang dirasakan penting oleh pemain Portugis itu.

"Kami cuba mulakan setiap perlawanan dengan penuh tumpuan, dengan mengawal penguasaan bola," kata Bernardo.

Image result for bernardo silva man city

"Apabila kami kehilangan bola, kami cuba dapatkannya kembali secepat mungkin. Kami cuba jaringkan gol, utamakan serangan dan menangi perlawanan.

"Dan, ya, kami telah melakukannya dengan baik setakat ini dan kami mahu teruskan seperti itu."

Kini, City telah pun mencapai lebihan 16 mata di puncak jadual Liga Perdana Inggeris, dengan lapan baki perlawanan.

Jika kami menang dua perlawanan berikutnya, menentang Everton dan Manchester United, kami akan bergelar juara untuk kali kelima, dan menambah kejuaraan liga dengan kejayaan Piala Carabao yang dimenangi bulan lalu.

Dan ini mungkin menjadi lebih baik, dengan City bakal memecahkan 10 rekod Liga Perdana, termasuk kemenangan terbanyak, margin mata kemenangan terbesar dan gol paling banyak.

Tetapi Bernardo, yang telah menjaringkan tiga gol dalam tujuh perlawanan terakhirnya, berkata bahawa menambahkan jaringan adalah fokus utama skuad.

"Sejujurnya, kami tidak fikirkan sangat tentang itu [memecahkan rekod]," katanya.

"Kami hanya mahu menjuarai Liga Perdana Inggeris, itu yang paling penting, tidak kira bagaimana ia dilakukan.”

Image result for bernardo silva celebrate man city champions league

"Tetapi, tentu saja, jika anda boleh memenanginya dan memecahkan beberapa rekod, adalah lebih istimewa. Jadi kami akan cuba melakukannya, kami bermain semua perlawanan untuk menang jadi itulah yang akan kami buat dari sekarang hingga akhir musim.”

"Kebiasaan dalam Liga Perdana adalah adanya enam pasukan - kadangkala lebih banyak seperti yang kita lihat dengan Leicester - yang boleh memenanginya. Memang benar bagi musim ini, jurang mata adalah agak besar daripada biasa.”

"Tetapi ianya bagus untuk kami, ini bermakna kami telah menjalankan tugas yang hebat dan saya fikir, cara kami bermain selama tujuh ke lapan bulan kebelakangan sehingga kini, kami layak mendapat kedudukan liga kami sekarang dan seterusnya memenangi kejuaraan dengan secepat mungkin."

Bernardo, 23 tahun, menyertai City pada musim panas lepas dari Monaco, dan selepas tempoh permulaan menyesuaikan diri, dia telah menempatkan dirinya sebagai salah seorang pemain utama pasukan Pep Guardiola.

Related image

Bernardo telah bermain 45 kali setakat ini, dengan pengaruhnya semakin dirasai di saat musim terus berlangsung.

Dia merasakan penyesuaian dengan Liga Perdana sudah pastinya adalah sesuatu yang sukar - tetapi menyatakan kegembiraannya dapat terlibat dalam pasukan yang bermain dengan sangat baik.

"Saya sangat menyukainya," katanya.

"Ia adalah musim yang baik untuk menjadi pemain atau penyokong Man City.

Ia adalah hebat setakat ini dan kami ingin mengekalkannya sebegitu.

Image result for bernardo silva celebrate man city champions league

"Kami sentiasa cuba untuk memenangi perlawanan. Kami mahu memenangi Liga Perdana secepat mungkin. Kami telah pun memenangi Piala Carabao, suatu pertandingan yang penting bagi kami. Dan Liga Juara-Juara Eropah, semua orang tahu ia istimewa, tetapi kami akan cuba buat yang terbaik.

"Apabila anda bertukar kelab, ia sentiasa rumit.

"Ketika saya berpindah dari Portugal ke Monaco, ia adalah sukar bagi beberapa bulan pertama. Sekarang setelah saya berpindah dari Monaco ke Manchester, ia juga sukar, anda perlu menyesuaikan diri dengan cara pasukan ini bermain.

"Setiap pasukan bermain dengan cara yang berbeza. Saya berasa semakin baik dan berharap dapat mempertingkatkan diri dengan lebih lagi. Saya telah belajar banyak perkara dari semua kakitangan dan pemain. Bagi saya, semuanya hebat setakat ini.

 

Berita Pasukan Utama

Ilkay Gundogan tentang undian UCL

ILKAY GUNDOGAN: German precision

Ilkay Gundogan berkata City perlu mengalahkan pasukan-pasukan terbaik untuk merangkul Liga Juara-Juara Eropah.

Gundogan: Kita harus mengalahkan yang terbaik untuk menjadi yang terbaik

Apa Kata Media

Bagaimana Guardiola mengubah bahagian tengah

Media Watch: Bagaimana Guardiola mengubah bahagian tengah

Satu tindakan bijak taktikal, bakat berdaya maju Leroy Sane dan kekaguman seorang pemain Manchester United ke atas seorang pemain City, semuanya dalam ruangan Apa Kata Media hari ini.

Salah satu keputusan paling penting Pep Guardiola telah diperbincangkan di akhbar-akhbar hari ini...

Berita Pasukan Utama

Lionel Messi tiba di Akademi Bola Sepak City

SEKADAR MEMERHATI: Sergio Aguero dan Lionel Messi

Lionel Messi menyertai rakan sepasukan Argentina pada petang Selasa sebagai persediaan untuk perlawanan persahabatan dengan Itali pada petang Jumaat.

Lionel Messi menyertai pasukan Argentina di CFA ...