quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Lionel Messi tiba di Akademi Bola Sepak City

SEKADAR MEMERHATI: Sergio Aguero dan Lionel Messi

SEKADAR MEMERHATI: Sergio Aguero dan Lionel Messi

Lionel Messi menyertai rakan sepasukan Argentina pada petang Selasa sebagai persediaan untuk perlawanan persahabatan dengan Itali pada petang Jumaat.

Pemain bola sepak yang dianggap terhebat di dunia itu menyertai skuad La Albiceleste agak lewat daripada rakan-rakan sepasukannya selepas perlawanan Barcelona pada hari Ahad lalu.

Para anggota media sedunia berkumpul untuk melihat sepintas lalu pemain yang telah menggembirakan para peminat seluruh dunia untuk kelab dan negaranya sejak sedekad lalu.

Messi, mengambil bahagian dalam sesi yang disertai Nicolas Otamendi dan bekas penjaga gol City, Willy Caballero.


Sergio Aguero masih diragui akan beraksi akibat kecederaan semasa sesi latihan sebelum terbang ke Abu Dhabi namun dijangka dapat bermain semasa kunjungan ke Goodison Park menentang Everton akhir bulan ini.

Image result for argentina vs italy etihad stadium

*Perlawanan persahabatan antara dua gergasi dunia Argentina vs Itali akan berlangsung di Stadium Etihad pada hari Jumaat, 23 Mac jam 7.45 malam bersamaan pukul 3.45 pagi Sabtu waktu tempatan Malaysia.

Berita Pasukan Utama

Tugasan Antarabangsa: Siapa, ke mana dan bila?

Berita Pasukan Utama

City diundi bertemu Liverpool di suku akhir UCL

Berita Pasukan Utama

Undian suku akhir UCL: Bila, di mana dan siapa?