quote linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Ilkay Gundogan tentang undian UCL

ILKAY GUNDOGAN: German precision

ILKAY GUNDOGAN: German precision

Ilkay Gundogan berkata City perlu mengalahkan pasukan-pasukan terbaik untuk merangkul Liga Juara-Juara Eropah.

Dengan Blues bakal menghadapi Liverpool di peringkat suku akhir, pemain tengah Jerman ini berpendapat bahawa mana-mana pasukan yang layak sebagai lapan pasukan terakhir sewajarnya diberikan penghormatan tertinggi.

"Akhirnya anda harus bermain dengan pasukan yang terbaik untuk menjuarai kejohanan ini," kata Gundogan.

Image result for gundogan vs liverpool

"Anda perlu bersaing dengan yang terbaik untuk maju ke peringkat akhir dan, tentu saja, untuk memenanginya."

Setelah beraksi di Liga Juara-Juara sebelum ini dengan Borussia Dortmund, Gundogan sangat  faham akan tuntutan persaingan dan kualiti pasukan-pasukan lawan yang masih ada.

"Saya cukup beruntung apabila dapat bermain di perlawanan akhir Liga Juara-Juara pada tahun 2013 bersama Borussia Dortmund menentang Bayern Munich. Malangnya kami kalah, jadi sudah pasti saya tidak sabar untuk mencuba dan sampai ke perlawanan akhir, dan memenanginya kali ini – itulah sasaran utama saya," katanya.

Image result for gundogan borussia dortmund vs bayern munich ucl final 2013

"Mujurlah, kami telah menjuarai Piala Carabao dan sangat gembira dengan pencapaian itu; meraih trofi pertama kami di awal musim. Ia sudah berada dalam tangan kami, tiada siapa yang boleh mengambilnya.

Image result for gundogan carabao cup trophy

"Bagi kami, ini hanyalah permulaan. Kami berada dalam keadaan yang baik untuk menghadapi kelab-kelab elit di Eropah, tetapi saya tidak akan mengatakan yang kami telah berasa selesa di sana.

"Kita perlu bersaing dengan pasukan-pasukan seperti Real Madrid, Barcelona, Bayern Munich – pasukan-pasukan gergasi secara lebih kerap, jadi tiada bezanya siapa yang bakal kita  hadapi pada tahap ini."

Apa Kata Media

Bagaimana Guardiola mengubah bahagian tengah

Media Watch: Bagaimana Guardiola mengubah bahagian tengah

Satu tindakan bijak taktikal, bakat berdaya maju Leroy Sane dan kekaguman seorang pemain Manchester United ke atas seorang pemain City, semuanya dalam ruangan Apa Kata Media hari ini.

Salah satu keputusan paling penting Pep Guardiola telah diperbincangkan di akhbar-akhbar hari ini...

Berita Pasukan Utama

Lionel Messi tiba di Akademi Bola Sepak City

SEKADAR MEMERHATI: Sergio Aguero dan Lionel Messi

Lionel Messi menyertai rakan sepasukan Argentina pada petang Selasa sebagai persediaan untuk perlawanan persahabatan dengan Itali pada petang Jumaat.

Lionel Messi menyertai pasukan Argentina di CFA ...

Berita Pasukan Utama

Tugasan Antarabangsa: Siapa, ke mana dan bila?