quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Guardiola: Fokus kami kini pada UCL

PEP WATCH: The manager observes from the bench at Goodison Park.

PEP WATCH: The manager observes from the bench at Goodison Park.

Pep Guardiola menggesa pasukannya supaya mengalih tumpuan serta merta kepada perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah selepas meraih kemenangan di Everton.

Citizens menang bergaya 3-1 di Goodison Park yang mencatat rekod baru kelab 13 kemenangan di tempat lawan dalam satu musim Liga Perdana Inggeris dengan perlawanan menentang Manchester United menanti Sabtu depan.

Guardiola yang mencatat kemenangan ke-50 perlawanan Liga Perdana di musim keduanya di England sebagai bos City berkata kini fokus pasukan pada kejuaraan Eropah.

Image result for everton 1-3 man city 2018 celebration

“Sekarang fokus kami pada Liga Juara-Juara jadi kami akan mengadaptasi perlawanan menentang Manchester United untuk dua perlawanan menghadapi Liverpool sebelum dan selepasnya.

“Dengan jurang 16 mata kini, kami perlu memberi tumpuan pada Liga Juara-Juara dan di pertengahannya kami akan hadapi United – sudah tentu akan kami cuba kalahkan, tapi keutamaan barisan pemain akan kami fikirkan tentang Liverpool.

Pep menegaskan meskipun menjuarai Liga Perdana dengan mengalahkan Man United akan menjadi ‘istimewa’, merangkul kejuaraan liga kelima buat kelab dan piala keduanya di England adalah perkara kedua.

Image result for everton 1-3 man city 2018 pep guardiola

“Untuk para penyokong saya boleh faham.

“Saya salah seorang penyokong Barcelona dan jika kami berupaya menang liga di tempat sendiri melawan Real Madrid ia juga sesuatu istimewa, saya tak dapat naifkannya.

“Namun kami telah bercakap sebelum ini dengan para pemain, tidak kira apa jua keadaan yang penting ialah menjadi juara.”

Pep turut memuji persembahan mengagumkan pasukannya terutama di babak pertama dengan jaringan tiga jaringan gol oleh Leroy Sane, Gabriel Jesus dan Raheem Sterling ke atas Everton.

Image result for everton 1-3 man city 2018 celebration

“Kami amat gembira.

“Selepas 3 minggu tanpa beraksi anda tidak tahu bagaimana anda akan tunjukkan dan cara kami bermula dari awal perlawanan amat bagus sekali, begitu juga di babak kedua.

“Tidak kira apa yang berlaku anda perlu bermain secara agresif dan cuba mengekalkan bola sekerap mungkin dan itu yang kami telah lakukan.

Image result for everton 1-3 man city 2018 pep guardiola

“Kami tahu di stadium ini, di Goodison Park dan juga Anfield , jika anda tidak memenangi pertarungan bola atau tidak tunjukkan belang, ia sukar, ia hampir mustahil untuk menang.

“Ini pertama kali sebagai pengurus kami berjaya mengalahkan Everton, dan hanya satu atau dua perlawanan lagi kami akan bergelar juara.”

Laporan Perlawanan

City selangkah lagi menjuarai EPL kalahkan Everton

Previu Perlawanan

Menuntas perjuangan belum selesai di Goodison Park

Berita Pasukan Utama

Musim pemecahan rekod oleh Manchester City

City dalam perjalanan untuk meremukkan 10 rekod Liga Perdana...

City bersedia untuk memecahkan beberapa rekod Liga Perdana Inggeris dan juga Kelab dalam masa yang tinggal beberapa minggu ini.

City dalam perjalanan untuk meremukkan 10 rekod Liga Perdana