quote feed-section sponsor-promos cf show linkedin dugout

Berita Pasukan Utama

Video 1 Galeri Foto

Musim pemecahan rekod oleh Manchester City

City dalam perjalanan untuk meremukkan 10 rekod Liga Perdana...

City dalam perjalanan untuk meremukkan 10 rekod Liga Perdana...

City bersedia untuk memecahkan beberapa rekod Liga Perdana Inggeris dan juga Kelab dalam masa yang tinggal beberapa minggu ini.

Ia merupakan kempen hebat untuk pasukan Pep Guardiola kali ini dengan Blues semakin menghampiri berapa pencapaian penting yang akan memastikan musim ini bakal termaktub dalam buku sejarah untuk tahun-tahun mendatang.

City baru sahaja menjalani kem latihan dalam cuaca panas di Abu Dhabi dalam usaha untuk mengembalikan tumpuan kepada pengakhiran musim. Kita memerlukan dua kemenangan lagi untuk memastikan kejuaraan Liga Perdana dan menghadapi Liverpool di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah.

Jadi, berikut adalah beberapa rekod yang mungkin dikuasai oleh City dalam minggu-minggu terakhir kempen kali ini ...

Kemenangan terbanyak: City memerlukan lima lagi kemenangan daripada lapan baki perlawanan musim ini untuk mengatasi rekod 30 kemenangan Liga Perdana oleh Chelsea dalam satu musim.

Margin mata kemenangan terbesar: Blues perlu menambahkan lagi 16 mata kemenangan semasa untuk mengatasi rekod tertinggi, iaitu 18 mata yang dicatat oleh Manchester United. Sukar, tetapi tidak mustahil dan keputusan perlawanan derbi Manchester akan memainkan peranan yang besar sama ada ini akan berlaku atau tidak.

Kemenangan di tempat sendiri terbanyak: City hanya boleh menyamai rekod semasa iaitu 18 - yang dipegang oleh Chelsea, Man United dan Man City - setelah seri menentang Everton dalam perlawanan pembukaan musim di tempat sendiri.

Kemenangan di tempat lawan terbanyak: City telah memenangi 12 perlawanan di tempat lawan musim ini dan mempunyai baki lagi empat perlawanan di laman lawan. Hanya dengan memenangi empat perlawanan terakhir, Blues boleh mencipta rekod baru dan mengalahkan rekod Chelsea iaitu 15 kemenangan.

Kemenangan berturut-turut Liga Perdana: Blues telah mencatat rekod baru awal musim ini dengan memenangi 18 perlawanan secara berterusan – rekod yang bermula di tempat lawan, di Bournemouth dan berakhir dengan kemenangan 1-0 di Newcastle United.

Kemenangan berturut-turut di tempat lawan Liga Perdana: City menyamai rekod 11 kemenangan secara berterusan di tempat lawan dengan kemenangan di Newcastle tetapi telah dinafikan daripada mencatat pencapaian terbaru dengan keputusan perlawanan di tempat lawan, iaitu 0-0 di Crystal Palace.

Perbezaan gol terbaik: Blues sememangnya dalam laluan untuk mencapai rekod baru bagi perbezaan gol dengan angka semasa sebanyak +65. Chelsea pula +71 adalah yang terbaik saat ini dan masih tetap dalam jangkauan.

Gol terbanyak: Permintaan yang sukar? Chelsea memegang rekod 103 gol Liga Perdana tetapi City menghasilkan 85  gol setakat ini – lagi 18 gol diperlukan dalam lapan baki perlawanan, jadi jika Blues boleh meneruskan pencapaian purata gol musim ini ada jangkamasa terakhir, rekod itu boleh dipecahkan.

Gol di tempat sendiri terbanyak: Blues mempunyai tugasan untuk dilaksanakn bagimenyamai rekod Chelsea dengan 68 gol - setakat ini, para pemain Pep telah menjaringkan 51 gol, dan akan memerlukan 17 lagi gol daripada baki empat perlawanan di Stadium Etihad - sekali lagi, ia tidak mustahil tetapi mungkin juga tidak akan berlaku.

Mata terbanyak: Satu lagi rekod yang dipegang oleh Chelsea, City memerlukan 14 mata daripada sejumlah 24 mata yang berbaki untuk menyamai rekod sedia ada dan 15 untuk mencatat pencapaian penting terbaru.

Juga ... City telah mencatatkan beberapa rekod Kelab yang baru bagi kempen ini:

Kemenangan berturut-turut di tempat lawan - 11 - dicapai antara bulan Mei dan Disember 2017.

Sergio Aguero memecah rekod jaringan Kelab dengan 199 jaringan bagi semua pertandingan sehingga kini.

Pep Guardiola menjadi pengurus pertama yang memenangi anugerah Pengurus Terbaik Liga Perdana Inggeris selama empat bulan berturut-turut.

Untuk memecahkan jaringan gol terbanyak oleh mana-mana pasukan City dalam satu musim, Blues perlu mendapatkan 35 gol dalam baki perlawanan setelah mencatatkan 121 gol dalam semua pertandingan setakat ini. Kemaraan dalam Liga Juara-Juara boleh menambahkan jumlah baki perlawanan untuk semua pertandingan daripada 10-13 - jika itu berlaku, kemungkinan untuk mengatasi rekod semasa sebanyak 156 gol boleh dicapai.

Blues telah menjghasilkan gol ke 100 Liga Juara-Juara apabila Gabriel Jesus menjaringkan gol tersebut ketika dalam perlawanan kedua 16 akhir menentang FC Basel.

City telah menyamai rekod Kelab dengan 12 kemenangan Liga di tempat lawan dalam satu musim dan memerlukan satu lagi kemenangan untuk mencatat rekod baru.

902 hantaran yang dicapai ketika menentang Chelsea pada awal bulan ini adalah rekod baru Liga Perdana, juga bagi 167 hantaran lengkap oleh Ilkay Gundogan dan 181 sentuhan daripada perlawanan yang sama.

Kevin De Bruyne bersedia untuk mendahului senarai pembantu gol dalam Liga Perdana dan Nicolas Otamendi sebagai penghantar bola terbanyak, manakala Ederson hanya satu lagi catatan perlawanan tanpa bolos di belakang David De Gea untuk memenangi anugerah Sarung Tangan Emas.

Oleh itu, terdapat banyak sasaran untuk dicapai pada minggu-minggu terakhir musim ini - tidak lupa juga kejuaraan Liga Perdana Inggeris kelima buat Citizens!

 

Berita Pasukan Utama

Guardiola: Goodison Park satu laman mencabar

Berita Pasukan Utama

Sterling: Guardiola jadikan saya pemain lebih baik

Berita Pasukan Utama

Sane puji semangat kebersamaan skuad